`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 2, 2022

Banjir di Sabah kian buruk, 1,249 mangsa dipindahkan

 

Angkatan Pertahanan Awam menjalankan operasi menyelamatkan mangsa banjir. (Gambar APM)

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir yang melanda enam daerah di Sabah terus meningkat dengan 1,249 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Telupid dan daerah kecil Paitan kini dilanda banjir.

Katanya, Kota Marudu mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi, iaitu 969 orang daripada 353 keluarga dipindahkan ke tujuh PPS.

“Sandakan pula mempunyai 61 mangsa daripada 17 keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS, manakala dua PPS dibuka di Paitan dengan 50 mangsa membabitkan 13 keluarga.

Anggota bomba dan penyelamat turut menjalankan kerja menyelamat mangsa banjir. (Gambar JBPM)

“Di Telupid, 43 orang membabitkan lapan keluarga telah dipindahkan ke tiga PPS berasingan, manakala di Beluran, 38 mangsa membabitkan lapan keluarga dipindahkan.

“Pitas mencatatkan 36 mangsa daripada 10 keluarga yang telah dipindahkan ke PPS,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kejadian banjir paling teruk berlaku di Kota Marudu dengan 30 kampung terjejas.

Katanya, beberapa lagi daerah turut dilanda banjir, iaitu Kinabatangan, Ranau dan Lahad Datu, namun belum ada mangsa yang dipindahkan setakat ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.