
BAITULMAQDIS: Hamas memaklumkan telah menangkap seorang warga Palestin yang didakwa bekerjasama dengan agensi pengintip Israel, Mossad, dalam pembunuhan pakar persenjataan kumpulan itu di Malaysia.
Fadi Mohammed al-Batsh, jurutera yang juga anggota Hamas, ditembak mati dua penunggang motosikal di Danau Kota, Kuala Lumpur pada April 2018.
“Kami menahan orang yang terlibat dalam pembunuhan jurutera Fadi al-Batsh di Malaysia. Dia mengaku mengambil bahagian dalam pembunuhan itu, yang ditugaskan oleh Mossad Israel,” kata Kementerian Dalam Negeri Gaza dipetik The Times Of Israel.
Identiti suspek belum diumumkan pihak berkuasa Hamas.
Bapa Fadi memberitahu media Gaza bahawa beliau akan menuntut hukuman mati malah mahu melaksanakannya sendiri.“Saya akan meminta untuk melakukan kepadanya apa yang dia lakukan kepada anak saya,” kata Mohammad al-Batsh kepada agensi berita Shehab.
Pembunuhan Fadi mendapat liputan meluas berita di Asia Barat dan didakwa didalangi serta dirancang oleh Mossad. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.