PETALING JAYA: Polis menyelamatkan seorang warga asing berusia 43 tahun yang diculik tiga individu, dalam kejadian dipercayai berpunca akibat hutang.
Mangsa menelefon isterinya berusia 41 tahun sekitar tengah malam, 18 Jan lalu, memaklumkan dia telah diculik tiga lelaki di Shah Alam.
Suspek kemudian memaksa mangsa mengarahkan isterinya membayar sejumlah wang untuk dibebaskan.
Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak, berkata pada 5.55 petang hari sama, polis berjaya mengesan tiga lelaki termasuk seorang warga asing, semuanya berusia antara 26 hingga 40 tahun, di Taman Cempaka, Ampang, Selangor.
“Turut diselamatkan bersama suspek adalah mangsa (yang) didapati bengkak di bahagian muka akibat dipukul,” katanya dalam kenyataan.
“Dipercayai punca kejadian adalah disebabkan masalah hutang.”
Katanya, usaha kini dilakukan untuk mengesan suspek yang masih bebas.
Sementara itu, tiga suspek yang ditahan direman sehingga Sabtu untuk membantu siasatan.
Farouk berkata, hasil pemeriksaan mendapati seorang suspek tempatan mempunyai rekod kesalahan dadah.
Suspek warga asing terlibat pula gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.