`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 20, 2022

Speaker DUN Johor nafi terima surat bubar dewan

 

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, pejabatnya tidak menerima apa-apa surat berhubung permohonan pembubaran DUN hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat, menafikan menerima surat permohonan pembubaran DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN), diadakan dalam masa terdekat.

Suhaizan berkata, pihaknya belum menerima sebarang surat berkaitan perkara itu termasuk dari Menteri Besar Hasni Mohammad.

“Tidak benar. Saya atau pejabat Speaker tidak menerima apa-apa surat pun berkaitan PRN, setakat hari ini.

“Tunggu Ahad nanti apabila pejabat dibuka semula,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebuah portal hari ini mendakwa surat permohonan pembubaran DUN oleh Hasni telah dihantar kepada pejabat Speaker DUN Johor.

Laporan itu yang memetik sumber Umno yang turut mendakwa konon DUN Johor akan dibubar pada Ahad ini, selepas permohonan untuk pembubaran DUN telah mendapat perkenan Istana Johor.

Tengah hari tadi, Hasni dilaporkan memberi isyarat PRN Johor, mungkin diadakan dalam masa terdekat.

Hasni yang juga Ketua Umno Johor dilaporkan turut memberi jaminan, jika PRN Johor dilaksanakan dalam waktu terdekat, ia tidak akan mengganggu sebarang urusan pentadbiran kerajaan negeri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.