`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 20, 2022

Didakwa fitnah hakim, Lokman Adam belum terima tuntutan dari peguam KP JKSM

 

Lokman Noor Adam berkata, setakat ini beliau masih belum menerima notis tuntutan saman berkenaan.

PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam memaklumkan masih belum menerima notis tuntutan saman daripada peguam Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Mohd Naim Mokhtar.

Katanya, hanya apabila beliau menerima tuntutan itu baharu perkara itu boleh dibawa untuk tindakan seterusnya.

“Bila dah terima baru boleh lawan. Saya tak setuju, jadi lawanlah.

“Saya masih belum terima ‘court order’ yang kata saya kena menghapuskan (kenyataan) dari media sosial video tu.

“Saya dengar dari berita semua tu je, tapi buat sementara waktu, terpaksa akur lah. Saya dengar dari sumber lain, saya belum terima perintah mahkamah,” katanya hari ini.

Media hari ini melaporkan, Mohd Naim memperoleh perintah mahkamah terhadap Lokman bagi menghalangnya membuat komen dan menghapuskan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya berhubung kes gangguan seksual.

Lokman mendakwa, Naim terlibat dalam beberapa kes gangguan seksual, termasuk dikatakan berbogel di dalam bilik tidur di rumah seorang wanita.

Peguam Naim, Akberdin Abdul Kader, berkata hakim Mahkamah Tinggi Rozana Ali Yusoff membenarkan injunksi interlokutori hari ini dan menetapkan 7 Feb sebagai tarikh seterusnya untuk perbicaraan inter parte.

Semalam, Naim memfailkan saman terhadap Lokman, mendakwanya mengeluarkan kata-kata bersifat menghina terhadap Naim di Facebook dan YouTube.

Dalam pada itu Lokman berkata, tindakan Mohd Naim menyamannya tidak akan dapat membersihkan namanya daripada dakwaan itu.

“Kalau dia (Mohd Naim) boleh bersumpah atas nama Allah dengan kalimah “Wallahi, Wabillahi, Wattallahi” dengan memegang al-Quran yang dia tidak pernah sentuh wanita IKIM tu dan “Datin” tu, saya boleh bila-bila buat permohonan maaf.

“Kalau dia boleh buat macam tu, nama akan bersih, kredibiliti dia pun dipulihkan, keluarga dia pun akan terpelihara,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.