`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, January 23, 2022

Lelaki ‘putih mata’, tak sempat jual mercun RM87,000

 

Polis menunjukkan mercun dan bunga api yang dirampas dalam serbuan di Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki tidak sempat menjual mercun bernilai RM87,000 yang dipercayai untuk sambutan Tahun Baharu Cina apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2, Johor.

Dalam serbuan 12.15 tengah malam semalam, sejumlah 67 kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api berjaya dirampas di sebuah premis di kawasan Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru.

Komander PPM Wilayah 2, Muhd Zailani Abdullah, berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang menyimpan bekalan mercun tersebut.

“Dalam serbuan Ops Khas Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina, PPM Wilayah 2 merampas pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM87,000 dalam serbuan tersebut.

“Pemeriksaan ke atas sebuah premis telah menemui sejumlah 67 kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api,” katanya dalam kenyataan.

Zailani berkata, kes disiasat bawah Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.