`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 19, 2022

Lelaki tular rebah di restoran maut akibat serangan jantung, kata polis

 

Gambar tular menunjukan seorang lelaki rebah di sebuah restoran. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis mengesahkan lelaki dilaporkan rebah ketika bersarapan di sebuah restoran di Bukit Sentosa, Rawang, meninggal dunia akibat penyakit jantung kronik.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Arsad Kamaruddin, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 7 pagi daripada pekerja restoran tersebut.

“Doktor mengesahkan punca kematian adalah disebabkan penyakit jantung kronik,” katanya dalam kenyataan.

Hasil pemeriksaan pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Serendah, mengesahkan lelaki berusia 54 tahun itu, dikenali sebagai Hamsan Hashim.

“Isteri si mati juga mengesahkan si mati mempunyai penyakit jantung dan darah tinggi sejak lima tahun lalu dan masih menerima rawatan di Hospital Selayang,” katanya.

Arsad berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat.

“Hasil ujian saringan dilakukan mendapati lelaki itu negatif Covid-19 dan pihak doktor mengesahkan punca kematian disebabkan sakit jantung kronik (coronary artery disease).

“Siasatan awal polis juga mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian lelaki berkenaan yang tular di media sosial.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa kematian Hamsan disebabkan serangan jantung dan baru sahaja mengambil dos penggalak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.