`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 29, 2022

Pekerja penyelenggara maut terjatuh dalam ruang lif

(Gambar Bomba KL)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemukan maut akibat terjatuh di ruangan lif di sebuah pusat membeli belah di Jalan Loke Yew.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata lelaki berumur 33 tahun yang merupakan pekerja penyelenggara bangunan berkenaan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian selepas mendapat panggilan pada kira-kira 11 pagi, mendapati seorang lelaki dewasa berada di tingkat bawah (B2) dalam ruangan lif pusat membeli belah itu, dan berdasarkan maklumat, lelaki itu dipercayai terjatuh dari tingkat empat,” katanya dalam kenyataan.

Katanya pasukan penyelamat menggunakan basket stretcher dan tali untuk menarik dan mengeluarkan mayat daripada lubang ruang lif berkenaan yang dianggarkan sedalam enam kaki dari pintu lif.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - FMT 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.