`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 19, 2022

Pendakwaan Long Tiger tangguh esok

 

Pada 6 Januari, ‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya Abd Hamim Ab Hamid dilaporkan masih direman selain menjalani kuarantin 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka bermula 5 Januari sehingga semalam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Prosiding pendakwaan lelaki Rohingya, ‘Long Tiger’ atau nama sebenar Abd Hamim Ab Hamid yang sepatutnya dijalankan hari ini selepas meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu, terpaksa ditangguhkan esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Tangkak Mohd Fadhil Minhat.

“Polis dimaklumkan oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk melakukan prosiding pendakwaan pada esok,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Timbalan Ketua Polis Negara Razarudin Husain sebelum ini dipetik sebagai berkata, Abd Hamim akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini.

“Long Tiger dijangka didakwa 19 Januari ini di Tangkak selepas perintah tahanan remannya berakhir,” katanya.

Pada 6 Januari, Abd Hamim, 33, dilaporkan masih direman selain menjalani kuarantin 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka bermula 5 Januari sehingga semalam.

Long Tiger dilaporkan meloloskan diri dari lokap mahkamah terbabit dan dipercayai dalam perjalanan untuk menyelinap keluar ke negara jiran sebelum ditahan di Jalan Kuala Ketil, Alor Setar, Kedah, pada 28 Disember.

Long Tiger lolos melalui pintu hadapan mahkamah ketika menunggu proses perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

Dia juga masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Muar. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.