`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 18, 2022

Prestasi Khazanah Nasional 2019/2020 : Comprehensive Income Jatuh 63%, Gaji Executive Directors Naik 104% !

 Gaji Key Management pula naik 75% !!

Tuan-Tuan yang berikut adalah Audited Financial Statements bagi Khazanah Nasional Bhd bagi tahun 2020.

Audited Financial Statements itu boleh dibaca sepenuhnya di sini :  https://www.khazanah.com.my/downloads/Full-Financial-Statements-2020.pdf



 
Sila perhatikan bahawa :

Bagi tahun 2020 Total Comprehensive Income bagi KNB adalah RM3.3 BILLION.  
Bagi tahun 2019 pula Total Comprehensive Income KNB adalah RM9.0 BILLION.

Daripada RM9.0 billion jatuh menjadi RM3.3 billion. 
Ini adalah satu penurunan atau pengurangan sebanyak 63% !!



Tetapi walaupun Comprehensive Income jatuh 63%, Executive Directors mendapat kenaikan gaji  104% (daripada jumlah RM1.86 million pada  2019 naik jadi RM3.8 million pada 2020). 


Gaji Key Management Personnel (pegawai tinggi) pula naik 75% (daripada jumlah RM21.7 million pada 2019 naik jadi RM38.1 million pada  2020).



Jadi kita ucapkan tahniah lah kepada Khazanah Nasional Bhd atas pencapaian yang gemilang, terbilang dan belum temberang ini. 

Pendapatan jatuh 63% tetapi gaji ED dan pegawai tinggi boleh naik 74% hingga 104%. Tahniah sekali lagi.

Khazanah adalah sebuah syarikat kepunyaan Kerajaan. Maksudnya ia di biayai dengan duit tuan-tuan, duit kita, duit rakyat marhaen. Omputih kata taxpayers funds atau hasil kutipan cukai daripada rakyat marhaen. 

Jika tuan-tuan tidak biasa baca penyata Financial Statements seperti di atas, takpelah its ok. Saya faham lah  untuk membaca dan memahami Financial Statements seperti ini. Kita boleh kongsi maklumat. Siapa yang minat mengkaji lagi kewangan Khazanah boleh klik link di atas tadi. 

Contohnya pada 2020 hutang KNB pula melebihi RM42 BILLION !!

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.