`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 18, 2022

TOLL GATE CONFUSION AND CONGESTION : KEDAI MAMAK, SUPERMARKET LEBIH CANGGIH GUNA E-WALLET, DEBIT CARD, ATM CARD, CREDIT CARD, DOWNLOAD APP ETC. BRADER ISMAIL SABRI I WARNED YOU ABOUT THIS LAST MONTH.

 

TOP URGENT : KITA KENA TUKAR DASAR

Last month on Friday December 17, 2021 I posted this advise to Brader Ismail Sabri:



And true enough exactly one month later on 17th January 2022 (yesterday) the shit hit the fan. Here is today's news:




Sort out toll booth mess, minister tells PLUS, Touch ‘n Go

RFID comes into use today on N-S Expressway from Juru to Skudai toll 
one RFID lane at all 83 toll plazas along 657km route

  • Massive congestion at toll plazas, RFID implemented
  • backlash from public over massive traffic congestion 
  • videos, photos of congested toll booths went viral  
  • public frustration, dissatisfaction with RFID 
minister Fadillah told Touch ‘n Go, PLUS to immediately solve problem
congestion because certain lanes open for RFID 
Fadillah said two companies must solve problems immediately 
so that no inconvenience to road users, avoid congestion at toll booths
ministry would continue to monitor 
ministry asked two companies to find best solution to problems

  • Regarding RFID Fadillah said still pilot project
  • only one lane equipped with RFID 
  • Other lanes using Smart Tag and Touch ‘n Go 

My comments : 

Tuan-tuan inilah akibat daripada hanya satu syarikat jaga highway dan hanya satu syarikat pegang sistem bayaran tol-nya.   

Tuan-tuan rakyat marhaen TIDAK ADA PILIHAN LAIN.  Syarikat ini di bawah jagaan orang kaya dan kaum elit.

Congestion tak congestion depa semua jadi kaya. Tuan-tuan bayar duit sajalah. Kalau kena congestion di toll gate, congestion lah. Who the hell are you to complain? 

Tuan-tuan tutup mulut saja lah. Elok diam saja. Tuan-tuan nak bising pasal apa?

Bukan kah Tuan-tuan yang sokong bulat-bulat Dasar Ekonomi Bebal (DEB) yang mereka buat daripada dulu lagi?  Inilah akibatnya.

Sekarang sistem bayaran di KEDAI MAMAK pun lagi canggih. Juga di supermarket. 

Sekarang saya tak perlu beratur di check out counter di supermarket pun. Bila masuk supermarket kita boleh download App ke dalam smartphone. Lepas itu kita boleh scan sendiri barang yang kita beli dengan gunakan smartphone tadi.  Lepas itu kita boleh bayar dengan gunakan App dalam smartphone (E wallet dsbnya). Tak sampai dua minit boleh settle bayaran untuk barang supermarket satu trolley penuh.

Kedai Mamak pun sudah canggih. Zaman Saloma dulu kita kena panggil mamak 'datang kira'. Dia akan bawa pen dan kertas dan mengira onnu, rendu, muune dsbnya. 

Itu cerita lama. Sekarang kedai mamak ambil order pun guna Blackberry atau Tablet computer. Tak ada tulis menulis dah. Lepas tu masa nak bayar pun boleh guna E wallet, debit card, ATM, credit card - semua dengan scan sahaja.  Lapan orang makan tengah hari pun, tak sampai satu minit untuk bayar duit.    

Kenapa kedai mamak dan supermarket boleh begitu cepat dan efisien? Sebab mereka terpaksa bersaing. Competition. Kalau bayar duit pun ada 'congestion' orang akan pergi ke kedai mamak lain atau ke supermarket lain. Jadi mereka perlu pastikan sistem order dan bayaran dia canggih, makanan dia sedap, tempat dia bersih dsbnya.

Cuba bayangkan jika Dasar Ekonomi Bebal dulu buat syarat bahawa di setiap bandar dan pekan hanya SATU KEDAI MAMAK akan dibenarkan beroperasi, dengan mempunyai saham bumiputera 51% dan Pengerusinya mesti seorang Tan Sri bekas Penjawat Awam bergigi kompang. 



Tentu sekali akan berlaku congestion yang teruk di kedai mamak sekali!

Jadi ini sedikit lagi nasihat bagi Brader Ismail Sabri - kalau Brader Ismail Sabri nak tahan lama sikit di Pejabat PM, hang kena 'lepaskan banyak simpulan' yang telah di warisi daripada Dasar Ekonomi Bebal UMNO dulu. 

Sekarang ini sesudah 50 tahun merayau dan meraba dalam kegelapan DEB, akhir sekali masyarakat kita yang masih buta sudah pun tiba di tebing tinggi di tepi laut yang bergelora dan penuh tsunami, serupa mitos burung Dodo (Dodo birds) yang terjun bunuh diri daripada tebing tinggi.  Dan pemikiran pemimpin kita masih buta dan bengong. Maka sudah tiba masa untuk bunuh diri secara beramai. Adios. 


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.