`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, February 1, 2022

‘Banglo itu saya sewa’, Syed Saddiq jawab dakwaan

 

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjawab dakwaan dan pertanyaan pengguna Twitter yang menggunakan nama Mario dan memuat naik gambar banglo tersebut melalui video dimuatnaik di Facebooknya.

PETALING JAYA: Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa beliau memiliki sebuah banglo bernilai jutaan ringgit.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Ahli Parlimen Muar itu menjelaskan rumah dikatakan “banglo besar” itu sudah disewa sejak beliau berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan.

“Lagi dekat nak ‘election’ Johor makin banyak fitnah saya dapat sampai sanggup buat video mahal-mahal, guna studio untuk jatuhkan saya.

“Tapi yang paling lawak sekali ada yang kata saya ada banglo mewah berjuta-juta ringgit, ada swimming pool,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pengguna Twitter yang menggunakan nama Mario dan memuat naik gambar banglo tersebut yang didakwa dilengkapi kolam renang mudah alih serta mempersoalkan pengisytiharan harta dibuat Syed Saddiq berjumlah RM722,312 pada 2019.

Syed Saddiq berkata, ketika bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), beliau merupakan menteri pertama mengisytiharkan jumlah aset peribadinya.

“Sebab itu bila saya jadi menteri dulu saya tolak tanah, saya tolak rumah banglo dekat Putrajaya, saya sewa saja rumah.

“Pada masa yang sama saya juga merupakan menteri pertama yang isytihar segala aset dan segala kontrak di KBS ‘open tender’, tak ada kepada kroni,” katanya.

Katanya, rumah berkenaan dijadikan tempat perjumpaan dan bermesyuarat terutama yang membabitkan MUDA kerana parti itu masih belum mempunyai pejabat.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang siasatan terhadap dakwaan ditimbulkan itu.

“Saya berani kerana benar, nak siasat, siasatlah, nak dakwa, dakwalah, nak tekan ugut, ugutlah, kita lawan berhabis-habisan. MUDA nak bina Malaysia yang lebih berintegriti, bermaruah dan maju. Saya seru kita semua bangkit dari politik lapuk!,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.