`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, February 1, 2022

Tumbuk isteri enggan kembali ke pangkuan, lelaki diburu polis

 

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Rodzi Abu Hassan berkata suami isteri itu kini dalam proses untuk bercerai dan tinggal berasingan sejak 8 Nov lalu.

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki menumbuk belakang badan dan menarik rambut isterinya dalam kejadian di Tasik Bandar Darulaman, Jitra, Kedah Sabtu lalu.

Dikatakan, lelaki itu bertindak demikian selepas isterinya enggan kembali hidup bersama.

Video pergaduhan memaparkan lelaki itu mencederakan isterinya sambil disaksikan seorang kanak-kanak dipercayai anak mereka turut tular di Facebook.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Rodzi Abu Hassan, berkata pasangan suami isteri itu kini dalam proses untuk bercerai dan tinggal berasingan sejak 8 Nov lalu.

“Semasa kejadian, wanita berusia 22 tahun itu pergi ke kawasan tasik untuk mengambil anak perempuannya berusia enam tahun yang dijaga sementara oleh suspek.

“Bagaimanapun, suspek dipercayai memukul mangsa menyebabkan dia menjerit meminta tolong sebelum orang awam datang membantu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, suspek berusia 33 tahun kemudian berhenti memukul mangsa dan melarikan diri apabila orang ramai menggertak akan membuat laporan polis.

Katanya, susulan kejadian itu sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah memeriksa sebuah rumah tidak bernombor di belakang pasar Changlun namun premis tersebut berkunci serta tidak berpenghuni.

“Tindakan mengesan suspek masih giat dijalankan yang mana semakan mendapati suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pukul iaitu mendatangkan kecederaan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.