`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 21, 2022

MKN umum SOP terperinci Citrawarna esok, kata Nancy

 

Nancy Shukri berkata, mungkin ada SOP baharu penganjuran Program Citrawarna Keluarga Malaysia yang akan diperhalusi dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara esok.

KUCHING: Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) lebih terperinci esok berhubung penganjuran Program Citrawarna Keluarga Malaysia yang akan berlangsung selama empat hari bermula Khamis ini di Tebingan Sungai Kuching.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy Shukri berkata MKN akan bermesyuarat sekali lagi esok kerana terdapat beberapa SOP bakal dipinda berdasarkan permintaan setiap agensi terlibat.

“SOP yang awal sebelum ini telah disediakan JPBN (Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri) Sarawak memang sudah ada…mungkin ada SOP baharu yang akan diperhalusi lagi (dalam mesyuarat itu),” katanya dalam sidang media hari ini.

Program Citrawarna Keluarga Malaysia yang bertemakan “Temasya Kepelbagaian Budaya” itu akan memberi kemeriahan fiesta warna-warni dengan kepelbagaian program dan aktiviti pelancongan serta persembahan seni dan budaya Malaysia.

Nancy sebelum ini memaklumkan hanya 2,450 pengunjung dibenar menghadiri acara kemuncak malam gala Program Citrawarna Keluarga Malaysia yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob pada 26 Feb ini.

Beliau berkata, antara SOP yang telah dirangka termasuk menambah jumlah kanopi daripada sebuah kepada tujuh, dengan setiap satunya dihadkan sehingga 350 orang dan pergerakan keluar masuk di kanopi itu akan dikawal penguat kuasa bagi memastikan had kehadiran dipatuhi.

Selain malam gala pada Sabtu, beberapa acara yang disusun untuk memeriahkan program itu ialah festival kraf Sarawak, konsert Sape, festival gendang Sarawak, peragaan busana kraf tekstil Malaysia, bazar makanan serta persembahan bunga api dan pancutan air muzikal. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.