`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 20, 2022

‘Tak pernah sorok’, Tengku Zafrul perjelas semua sudah disebut banyak kali

 

Sebagai Pengerusi MPN, Muhyiddin Yassin memerlukan laporan-laporan untuk mengambil keputusan yang tepat, menurut Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan beliau tidak pernah menyorokkan sebarang maklumat, malah berulang kali sudah dinyatakan kepada Jemaah Menteri dan orang awam.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan laporan dan dakwaan mengenai maklumat sulit yang disampaikan beliau kepada Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin yang dikatakan berkaitan kewangan negara.

Katanya, ia adalah sebuah laporan yang diberikan kepada sekretariat MPN, seperti mana laporan-laporan lain yang diberikan Jemaah Menteri, termasuk kepada semua parti politik.

“Sebagai Pengerusi MPN, beliau memerlukan laporan-laporan tersebut untuk mengambil keputusan yang tepat dalam membantu Perdana Menteri membawa Malaysia ke arah pemulihan pasca-Covid.

“Malahan, fakta-fakta ekonomi yang ada di dalam laporan tersebut merupakan fakta yang telah saya sebut berulang kali (nyatakan) kepada menteri dan sesiapa sahaja orang awam.

“Saya tidak pernah sorok, baik melalui kenyataan media, ulasan saya dalam forum-forum, jawapan-jawapan parlimen dan laporan-laporan agensi seperti Bank Negara, Jabatan Statistik dan sebagainya,” katanya di Facebook.

Zafrul berkata, fokus utama Kementerian Kewangan sekarang adalah untuk memacu pemulihan negara agar rakyat dapat kembali hidup dengan selesa.

“Menjana pekerjaan, membawa pelaburan, membantu perniagaan adalah antara banyak strategi yang telah kita rancang untuk memacu pemulihan ini melalui dua tunggak utama: JaminKerja dan SemarakNiaga dalam Bajet 2022.

“Saya berharap kita dapat terus memberi keutamaan yang paling penting kepada pemulihan ekonomi untuk rakyat,” tambah beliau.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Muhyiddin mendakwa negara menghadapi masalah kewangan yang lebih besar daripada apa yang dimaklumkan oleh kerajaan persekutuan pimpinan Umno.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga berkata akan mendedahkan butirannya pada masa sesuai.

Muhyiddin turut mendakwa, pentadbiran Barisan Nasional yang bergerak “macam biasa” tidak akan dapat menjamin masa depan cemerlang ketika negara seperti Vietnam dan Indonesia sedang meninggalkan Malaysia dalam pembangunan ekonomi.

“Semalam (17 Feb) saya minta laporan untuk disampaikan Menteri Kewangan Tengku Zafrul… Satu ketika saya akan bocorkan bagaimana kedudukan kewangan negara kita,” kata Muhyiddin semasa majlis pelancaran rasmi PN di Johor. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.