`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 1, 2022

Dasar Tidak Masuk Akal Bertambah Lagi; Keluarga Malaysia Ada Anak Tiri Pula?

 


1. Akta Hasutan (Sedition Act) telah digubal oleh penjajah British sejak 1948 lagi (74 tahun dahulu) untuk memperbodohkan kita. Daripada tahun 1948 sampai jam 12 tengah malam 30hb Ogos 1957 Akta Hasutan telah menjadi alat dan senjata British untuk menekan rakyat kita.  
 
Habis macam mana pula satu minit kemudian, bermula pada jam 12.01 pagi,  31hb Ogos 1957 Akta Hasutan penjajah yang sama itu boleh bertukar untuk tidak memperbodohkan atau tidak menekan rakyat kita ? Sebab, selain penjajah sudah tiada,  tidak ada apa-apa lagi yang berubah. Akta nya masih kekal, dan rakyat negara pun rakyat yang sama juga. (Kalau Akta Hasutan perlu untuk melawan komunis, komunis pun sudah kalah 33 tahun sudah pada 1989 dan tak ada dah). 

2. Hampir segala aspek dan pelusuk pentadbiran negara dan pengurusan ekonomi kita hari ini dalam keadaan kucar kacir, haru biru dan caca marba. Setiap kali Menteri, Perdana Menteri, ahli politik, lebai makan upah, orang kenamaan dan orang berpengaruh  bercakap kita tak tahu lah apa jenis stink bomb yang akan terkeluar daripada mulut mereka. Tetapi keadaan sebegini teruk ini tidak terkumpul dalam sehari atau setahun. Ia mengambil masa bertahun-tahun dan berpuluh tahun bagi negara kita menjadi rosak ke tahap teruk ini. Keadaan hari ini adalah akibat daripada Dasar Ekonomi Baru yang masih kekal sejak 52 tahun dahulu. Jika tuan-tuan kurang puas hati dengan keadaan kita hari ini percayalah sebab-penyebabnya adalah DEB.  Negara kokak dan kuno seperti China, Vietnam dan juga Indonesia sudah mula maju mendahului kita. Orang Vietnam yang dulu lazimnya memakai baju pyjama hitam sewaktu majlis rasmi sekarang sudah jauh ke hadapan dan segala petanda menunjuk mereka akan menjadi kuasa gergasi di Asia. 

Negara kita pula makin laju meluru jatuh ke dalam lobang taik.

3. Yang latest pula cadangan Akta Sewa Rumah yang tidak masuk akal yang bakal hancurkan supply rumah sewa. Percayalah sewa rumah akan naik. Sebab ramai orang tidak akan sewa rumah mereka lagi kepada orang lain. Sebab ikut Akta Sewa Rumah, tuanpunya (atau penyewa) rumah boleh kena kompaun, denda dan entah apa lagi jika mereka "menyalahi" Akta Sewa Rumah (yang bakal digubal).  Sewa rumah pula boleh menjadi kesalahan.

4.  Dasar tidak masuk akal bersambung lagi. Yang latest ialah ujian khas bagi murid sekolah SJK Cina dan Tamil, mereka perlu ambil peperiksaan khas bahasa Melayu :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=263365199286787&id=100068399267092&sfnsn=mo

STATEMENT BY PROF. DR. N. SUGUMAN NARAYANAN
SECRETARY-GENERAL
February 28, 2022

The Ministry of Education (MOE) policy on the special assessment test for Year 6 SKT and SKC students is nothing short of ridiculous.

It was reported that all SKT and SKC students who did not attain TP4 – TP6 levels in Malay Language will be required to pass a special test (UPBLM) to be able to begin Form 1.

Those who do not will be relegated to the Foundation (Peralihan) class instead of Form 1.

Sekolah Kebangsaan students who miserable fail BM automatically qualify for Form 1. Foreign students who miserable fail BM qualify for Form 1.

You can’t get any more ludicrous than this. Welcome to Keluarga Malaysia.

Just scrap Remove/Peralihan policy; stop making a mockery of Malaysian education.

My comments : Saya setuju aduan Prof Suguman kenapa pelajar SJK Cina dan Tamil perlu ambil ujian khas apabila murid sekolah kebangsaan dan pelajar antarabangsa (foreign students) yang fail atau gagal bahasa Melayu masih boleh sambung masuk Tingkatan 1 tanpa perlu mengambil sebarang peperiksaan khas? Atau perlu masuk kelas Peralihan?

Sebenarnya jika ada pelajar sekolah kebangsaan yang fail semua mata pelajaran pun dia masih boleh "naik" ke Tingkatan Satu tanpa sebarang halangan. Pemikiran songsang sekarang ialah pelajar sekolah tidak perlu di-uji melalui peperiksaan daripada Darjah Satu sampai ke Tingkatan Lima.

Maka hari ini kita boleh jumpa pelajar Tingkatan Satu, Dua, Tiga dsbnya di sekolah kebangsaan yang perlu melihat Kad Pengenalan sendiri sebelum mereka boleh menulis nama mereka dengan betul.  

Habis kenapa pula diskiriminasi khusus terhadap SJK Cina dan Tamil? Rupanya Keluarga Malaysia sudah ada Anak Tiri pula.

5. Terkini lagi adalah pengumuman oleh Mael Blur bahawa semua perwakilan negara perlu gunakan Bahasa Melayu sahaja di semua acara rasmi international. Mula sekali dasar baru ini akan bantu tutup ketidak upayaan lebai dan mat kampong berbahasa apa pun selain cakap Melayu. Yang keduanya ia akan kekalkan wakil dan Menteri kita ditempat nombor satu di bawah tempurung.

Contohnya baru ini pegawai Attorney General's Chambers telah hadiri mesyuarat di Geneva Switzerland di mana mereka telah jawab 'Saya tak boleh jawab' kepada soalan berkenaan isu yang menjadi tajuk utama mesyuarat itu. (Dia kata sebab sub-judice). Kalau tak boleh jawab, kenapa membazir duit kita bayar tambang dan hotel ke Switzerland?  Jangan pergi lah. Memalukan kita sahaja.

Tetapi sekarang pula dia boleh kata 'Saya tak boleh cakap omputih'. Dan mesyuarat antarabangsa tidak akan sediakan translator (jurubahasa). United Nations contohnya menggunakan enam bahasa rasmi sahaja Arab, China, Inggeris, Russia, Sepanyol dan Perancis. Kalau kita nak berbahasa Melayu boleh tetapi kena bawa translator sendiri. Translator pula kena lulus peperiksaan bahasa Inggeris / Perancis / Sepanyol etc taraf antarabangsa. 

Kan lebih mudah kalau wakil negara kita cakap omputih saja. Dalam negara kita Bahasa Inggeris sudah lama menjadi bahasa nombor 1 dalam urusan ekonomi swasta. Sedihnya terlalu ramai lebai dan mat politik tidak terlibat ekonomi swasta ini.  Mereka lebih selesa kecek blur saja.

Negara makin blur. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.