`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 6, 2022

Pemimpin Parti Melayu, Ahli Parti Ramai India

 




Berita ini dipetik daripada blog Permadu Malaysia di sini:

https://permadumalaysia.blogspot.com/2022/03/ceramah-anwar-ibrahim-hadapi-masalah.html?m=1

  • Ceramah Anwar hadapi masalah kekurangan penonton
  • Saturday, March 05, 2022
  • Permadu Malaysia singgah ceramah PKR di Larkin malam ini.
  • Ceramah Anwar suram, penonton kurang 200 orang, termasuk petugas 
  • jumlah penonton rendah, tiada masalah parkir sama sekali
  • Anwar tiba dan pulang menaiki Jaguar hitam
  • Perdana Menteri Menanti  
  • suara kurang tenaga tujuh orang teriak Reformasi! 
  • PKR tidak mempunyai peluang baik menang kerusi

My Comments :

Brader Anwar serupa GLC (syarikat kepunyaan Kerajaan)  - bisnes pelingkup pun boleh hidup lagi, tetapi tercungap-cungap. 

Gambar kedua di atas sangat menarik. Ramai penyokong (dan juga ahli PKR) adalah orang India. Daripada dulu sampai sekarang tulang belakang PKR (pada akar umbi) adalah ahli dan penyokong daripada kaum india juga.  Mereka kelihatan sudah berusia - sudah jadi veteran. Mungkin saki baki.

Tetapi di Johor majoriti besar pengundi adalah orang Melayu - jadi Brader Anwar tak sempat menyanyi dan menari ikut lagu Tamil MGR.

Dulu masa zaman Pak Lah mereka upah 'con-sultan' yang suruh geng Pak Lah buat townhall meeting. Saya pun dijemput hadiri townhall meeting untuk bincang  'ekonomi dan bisnes'. Kurang lebih tahun 2005-2006.  Pada masa itu syarikat kereta nasional kita rugi besar, tapi masih bernyawa sakratul maut. Salah seorang yang hadir itu berkata 'When is P...ton going to roll over and die?'

Syarikat kereta nasional masih boleh bernyawa sebab ada kumpulan veteran yang berdegil beri hidup kepada syarikat yang patutnya bungkus dan dilupakan.

Saya melihat keadaan Brader sekarang serupa dengan keadaan syarikat kereta nasional kita zaman itu. 

Advertising dan publicity sudah tidak berkesan. Hanya sedikit sahaja penyokong dan peminat yang datang sebab nostalgia. 

Kereta sudah lama dan tidak ada enjin baru - power pun makin tak cukup. Dulu kereta power perlu ada enjin besar - 2000cc atau 3000cc. 


 

Itu style lama. Sekarang Fiat Abarth (gambar atas), kereta saiz Kancil sahaja, mempunyai enjin kecil 1400cc tetapi boleh mengeluarkan 400 horsepower. Top speed lebih 230 km/hr. Enjin kecil tetapi kuasa lebih. Itulah teknoloji abad 21. 21st century technology. 

Bukan teknoloji jalanan daripada tahun 1990an.

Pak Lebai kata apabila yang mati hidup balik, itulah kiamat.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.