`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 6, 2022

PKR tak guna logo PH pada PRN Johor sebab ‘stigma Mahathir’

 

Wong Chen berkata, penting bagi PKR untuk menggunakan logo sendiri pada pilihan raya, namun sekutunya dalam PH, DAP dan Amanah, tidak bersetuju dan akan terus menggunakan logo PH.

PETALING JAYA: Bagi kebanyakan ahli PKR, logo Pakatan Harapan (PH) menjadi peringatan yang menyakitkan dari zaman Dr Mahathir Mohamad berada dalam gabungan yang pernah memerintah itu.

Wong Chen berkata demikian ketika menjelaskan mengapa PKR bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Johor menggunakan logonya sendiri.

Katanya, keputusan itu lebih menjadikan akar umbi parti secara keseluruhannya lebih gembira dan jentera kempen di lapangan lebih komited.

Jemaah Menteri Mahathir dianggotai pemimpin PKR yang sealiran dengan bekas Timbalan Presiden Azmin Ali, yang memimpin ahli parti dan Ahli Parlimen lain dalam Langkah Sheraton yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan PH.

Wong Chen.

Beliau berkata, penting bagi PKR untuk menggunakan logo sendiri pada pilihan raya. Bagaimanapun, sekutunya dalam PH, DAP dan Amanah, tidak bersetuju dan akan terus menggunakan logo PH.

“Jadi itulah sebabnya kadangkala sangat sukar untuk menjelaskan kepada mereka, tetapi kami harap mereka dapat faham pandangan kami.”

Wong Chen berkata, beliau percaya, dengan menggunakan logonya sendiri, parti itu lebih bersatu selepas Azmin keluar.

“Pengundi cenderung mengundi anda jika pasukan anda lebih bersatu dan komited,” katanya.

Berhubung sama ada PKR menjadi semakin kurang relevan selepas tewas di Melaka dan Sarawak, Wong Chen berkata, beliau tidak mempercayainya walaupun mengakui parti itu berdepan cabaran berikutan eksodus pimpinan Azmin.

“Jadi (timbul) rasa dikhianati, dan apabila perkara besar seperti ini berlaku kepada parti, sudah tentu pandangan umum mengenainya merosot secara mendadak,” katanya.

Beliau berkata, tindakan individu-individu ini meninggalkan parti adalah sesuatu yang bagus kerana mereka “lebih berminat dengan kuasa dan kedudukan berbanding parti dan pendirian kami, serta falsafah kami mengenai keadilan sosial”.

Namun, kata Wong Chen, Langkah Sheraton merosakkan imej parti itu dan ini antara sebab mereka dihukum oleh pengundi di Melaka dan Sarawak.

PKR perlu masa untuk pulih, tambahnya.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.