`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 20, 2022

Polis siasat konvoi kereta mewah halang lalu lintas

 

Ketua Polis Daerah Kulai, Tok Beng Yeow, berkata akibat pelanggaran itu, kumpulan kereta mewah terbabit bertindak memberhentikan kenderaan mereka di tengah-tengah lebuh raya kerana tidak berpuas hati, menyebabkan berlaku perselisihan faham di antara mereka di lokasi kejadian. (Gambar Facebook)

KULAI: Polis menjalankan siasatan susulan video tular memaparkan kumpulan konvoi kereta mewah yang berhenti di Kilometer 34, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran susur keluar Sedenak, sehingga menghalang lalu lintas, tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Tok Beng Yeow, berkata kejadian berkenaan berlaku pada 6.10 petang, Jumaat lalu.

Susulan daripada itu, satu laporan telah dibuat di Balai Trafik Iskandar Puteri pada 10.11 malam, hari yang sama, kata Tok.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada sebuah pacuan empat roda Ford Ranger yang cuba memotong konvoi kumpulan kereta mewah secara berbahaya sebelum melanggar salah sebuah kereta itu ketika memasuki lorong kiri.

“Akibat pelanggaran itu, kumpulan kereta mewah terbabit bertindak memberhentikan kenderaan mereka di tengah-tengah lebuh raya berikutan rasa tidak berpuas hati dan menyebabkan berlaku perselisihan faham di antara mereka di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tok berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Merusuh) yang boleh membawa hukuman dua tahun penjara atau denda dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman maksimum lima tahun penjara dan denda maksimum RM15,000, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, video berdurasi 45 saat itu memaparkan aksi pemanduan secara berbahaya oleh sebuah pacuan empat roda Ford Ranger yang cuba memotong kumpulan konvoi kereta mewah berkenaan di lorong kiri sebelum melanggar salah sebuah daripadanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.