`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, March 11, 2022

PRN Johor: Calon MB dari PN bukan Tosrin, poster tersebar adalah fitnah, kata Muhyiddin

 

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, beliau meminta rakyat Johor tidak termakan fitnah dilemparkan sesetengah pihak mengenai calon Menteri Besar.

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin menafikan calon pilihan raya negeri (PRN) Johor paling berusia, Tosrin Jarvanthi yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai adalah calon Menteri Besar yang dipilih daripada gabungan parti itu.

Muhyiddin berkata, poster tular menamakan Tosrin, 72, sebagai bakal Menteri Besar Johor sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan esok adalah fitnah dan berharap pengundi di negeri ini tidak termakan dengan taktik kotor itu.

Menyifatkan perkara itu sebagai “taktik orang jahat”, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, PN mengambil pendekatan tidak mengumumkan mana-mana calon Menteri Besar sehinggalah gabungan parti itu diberi mandat oleh rakyat Johor.

“Dengan niat untuk fitnah dan sebelum ini saya turut difitnah bahawa saya nak menyokong Anwar Ibrahim untuk jadi calon Perdana Menteri.

“Apa cerita itu dan kita terpaksa nafikan. Dalam tempoh zaman muktahir seperti ini (orang) tertekan sampai dia sanggup buat cerita bohong dan fitnah untuk mempengaruhi pengundi,” katanya dipetik Harian Metro.

Sebelum ini tular sebuah poster yang menampilkan tiga calon Menteri Besar daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan PN.

Poster itu menunjukkan calon Menteri Besar dari BN ialah Hasni Mohammad, Dr Maszlee Malik dari PH dan Tosrin dari PN.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, dalam tempoh beberapa jam lagi sebelum tamatnya kempen, PN masih berusaha untuk meraih sokongan pengundi.

Ketika ditanya mengenai jangkaan ramai pihak termasuk penganalisis politik bahawa BN akan menang besar di Johor, Muhyiddin bagaimanapun berkata ia sekadar ramalan.

“Wallahualam…itu ramalan dan banyak juga ramalan bahawa PN menang… jadi yang mana satu?” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.