`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 11, 2022

Amaran cuaca buruk di kebanyakan negeri sehingga tengah hari ini

 

Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor antara negeri dijangka mengalami hujan lebat dan angin kencang sehingga 12 tengah hari ini. (Gambat Bernama)

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Di Kedah, beberapa kawasan dijangka terjejas termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Yan manakala Perak pula termasuk di Kerian, Larut, Matang dan Selama.

“Cuaca buruk itu juga dijangka berlaku di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang manakala di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Johor pula membabitkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian manakala Sarawak pula Subis, Beluru, Miri dan Marudi dan Limbang. Sabah pula di Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort,” kata agensi itu.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.