`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, September 29, 2022

Pemandu teksi gagal dapat kebenaran keluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas

 

V Balamurugan (berbaju merah) memohon kebenaran untuk memulakan prosiding mengeluarkan LTTE dalam senarai sebagai kumpulan pengganas, sebagai menyalahi undang-undang.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan pemandu teksi, V Balamurugan untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengeluarkan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) daripada senarai kumpulan pengganas.

Dalam keputusan mahkamah itu, Hakim Vernon Ong Lam Kiat yang mengetuai panel tiga hakim, berkata sleepas mempertimbangkan hujahan yang dibangkitkan dan meneliti rekod rayuan, kebenaran ditolak kerana perkara itu berkaitan kepentingan awam.

Beliau berkata, lima persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh peguam Balamurugan, 40, tidak memenuhi keperluan Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Zabariah Mohd Yusof dan Hasnah Mohammed Hashim.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Persoalan undang-undang yang dikemukakan peguam Balamurugan berkenaan skop dan had kuasa menteri dalam negeri dalam mengisytiharkan entiti di bawah Seksyen 66B(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 17 Sept 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan Balamurugan untuk membatalkan warta kerajaan yang menyenaraikan kumpulan LTTE sebagai pengganas di negara ini namun gagal dalam rayuan di Mahkamah Rayuan yang menolaknya pada 14 April lalu.

Balamurugan memohon suatu pengisytiharan dan/atau deklarasi bahawa butiran mengenai LTTE dalam perintah tersebut tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai manakala kemasukan butiran mengenai LTTE adalah batal dan tidak sah yang ia adalah ultra vires atau melangkaui Perlembagaan Persekutuan.

Dia menamakan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Balamurugan memohon suatu perintah certiorari bagi membatalkan serta-merta butiran mengenai LTTE di dalam Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pengisytiharan Entiti Ditentukan Dan Kehendak Untuk Melapor) (Pindaan) 2014 bertarikh 12 Nov 2014.

Balamurugan merupakan antara 12 individu yang didakwa pada akhir 2019 atas dakwaan menyokong LTTE.

Bagaimanapun, pada Februari 2020, Peguam Negara ketika itu Tommy Thomas menggugurkan pertuduhan terhadap mereka.

Pada prosiding hari ini yang dijalankan secara dalam talian, peguam S Ambiga, Lim Wei Jiet dan Omar Kutty Abdul Aziz mewakili Balamurugan manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Peguam Persekutuan Ng Wee Li mewakili kerajaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.