`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 30, 2022

Mahu kes tamat segera, Ebit ‘sedih’ bicara sambung Disember

 

Penceramah, Ebit Lew, 37, didakwa atas 11 pertuduhan melibatkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi Whatsapp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

PETALING JAYA: Pendakwah terkenal, Ebit Lew, meluahkan “kesedihan” kerana terpaksa menunggu pada Disember pula bagi sambungan perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan dirinya.

Katanya, Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim, 37, menyatakan rasa syukur kerana perbicaraan yang berlangsung selama empat hari itu merupakan hari dinantikannya, sejak setahun lalu.

Beliau juga menyifatkan mahkamah merupakan tempat terbaik mencari kebenaran berkaitan kes itu.

Mahkamah menyambung perbicaraan kes dihadapinya pada 20 hingga 22 Disember.

“Ikut hati saya ada rasa sedih juga sebab kena menanti lagi, kalau boleh saya nak teruskan Sabtu, esok saja sampai habis tapi bukan saya menentukan,” lapor Astro Awani.

Katanya, setiap pertuduhan yang melibatkannya perlu ditampilkan dengan bukti dan mahkamah akan memutuskan kebenarannya.

“Syukur Alhamdulillah sampai ke mahkamah ini supaya mudah-mudahan dapat tahu kebenaran yang sebenarnya. Mahkamah tempat yang paling tak boleh cakap apa sahaja setiap (dakwaan) kena ada bukti, kalau tak ada bukti pasti akan ditolak, mahkamahlah untuk benda-benda (mencari kebenaran) begitu,” katanya.

Sebelum itu, perbicaraan yang berlangsung bermula Selasa lalu hingga hari ini, sudah memanggil tiga saksi pihak pendakwaan, termasuk seorang daripadanya pendakwah bebas, Firdaus Wong.

Ebit pada 18 Feb lalu didakwa atas 11 pertuduhan melibatkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi Whatsapp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Beliau yang juga seorang usahawan diwakili pasukan peguam yang terdiri daripada Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.