`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 30, 2022

Anwar kemuka usul khas kenaikan harga barang, kejatuhan ringgit di Dewan Rakyat

 

Anwar Ibrahim berkata kenaikan harga barang dan kejatuhan ringgit memberi kesan terus kepada rakyat secara jangka pendek dan jangka panjang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mahu Dewan Rakyat mengutamakan perbincangan berhubung kenaikan harga barang dan kejatuhan ringgit serta bagaimana untuk mengurangkan kesannya kepada rakyat.

Presiden PKR itu berkata, beliau telah mengemukakan usul supaya isu itu diutamakan untuk dibahaskan apabila Dewan Rakyat mula bersidang semula Isnin ini.

“Perkara ini perlu disegerakan kerana kenaikan harga barang yang mendadak dan kejatuhan nilai mata wang negara terkini memberi kesan terus kepada rakyat baik secara jangka pendek dan jangka panjang.

“Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya oleh Speaker Dewan Rakyat (Azhar Harun),” kata pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu di Facebook.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan bahawa sebarang usul untuk membangkitkan perkara tergempar untuk dibahaskan, perlu melibatkan isu untuk kepentingan awam, perkara tertentu, dan mendesak.

Anwar menegaskan bahawa isu kenaikan kos dan kejatuhan ringgit memenuhi ketiga-tiga kriteria tersebut.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berkata dua “krisis” ini akan memberi impak khususnya kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat Covid-19 selama dua tahun. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.