`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, September 30, 2022

Polis siasat dakwaan lelaki ceroboh sekolah, tawar gula-gula kepada murid

 

Setakat ini suspek masih belum dikenal pasti dan polis dari balai Inanam dan unit kereta peronda (MPV) turut diarah meningkatkan rondaan di kawasan sekitar.

KOTA KINABALU: Polis akan menyiasat dakwaan seorang lelaki menceroboh masuk sebuah sekolah di Inanam, di sini, dalam dua kejadian berasingan pada Isnin dan Selasa lalu.

Menurut laporan yang turut tersebar di media sosial, lelaki tidak dikenali itu dikatakan masuk ke tandas sekolah berkenaan sebelum menawarkan gula-gula kepada seorang murid perempuan.

Bagaimanapun, murid Tahun 4 itu yang curiga dengan kehadiran lelaki terbabit dikatakan enggan menerima gula-gula berkenaan.

Manakala pada keesokkan harinya, lelaki terbabit sekali lagi dilihat berada di tangga surau dan kejadian disedari seorang murid lelaki yang hendak ke tandas.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Lelaki terbabit kemudian dikatakan terus melarikan diri ke belakang kawasan tandas lelaki sekolah berkenaan.

Bimbang dengan insiden mencurigakan itu, pihak sekolah difahamkan terus membuat laporan polis bagi mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Ketua Polis Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada sekolah berkenaan di Balai Polis Inanam.

Susulan itu katanya, polis hadir ke sekolah berkenaan untuk menjalankan siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, suspek masih belum dikenal pasti dan pasukan polis dari balai Inanam dan unit kereta peronda (MPV) turut diarah meningkatkan rondaan di kawasan sekitar,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.