`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, September 29, 2022

Tiada cubaan culik murid sekolah berlaku di Gombak kata polis

 

Pemangku Ketua Polis Gombak Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata kesemua saksi mengesahkan tiada sebarang perlakuan culik seperti yang dilaporkan.

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan terperinci polis mendapati, tiada cubaan culik seperti yang dilaporkan berlaku di tiga sekolah rendah di daerah Gombak dekat sini.

Pemangku Ketua Polis Gombak Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata siasatan dijalankan, selepas pihaknya menerima tiga laporan daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia 32 hingga 43 tahun pada Selasa dan semalam.

Beliau berkata mereka diberitahu anak masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun, mengenai terdapat cubaan menculik oleh lelaki tidak dikenali semasa berada di luar sekolah.

“Polis mengambil tindakan sewajarnya dengan mengenal pasti saksi penting membabitkan beberapa individu termasuk pengadu, rakan sekolah mangsa, pengawal keselamatan, warden lalu lintas, guru besar serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), selain mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya dalam kenyataan hari ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Menurutnya kesemua saksi mengesahkan tiada sebarang perlakuan seperti yang dilaporkan.

Noor Ariffin meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi, terpengaruh atau menyebarkan berita yang tidak sahih yang boleh menggugat ketenteraman awam, kerana boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, tular di media sosial satu surat daripada pengurusan sebuah sekolah berhubung dakwaan cubaan menculik melibatkan sebuah sekolah di Batu Caves, Selangor. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.