`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 25, 2022

Belanjawan 2023: NGO gesa tingkat insentif harga padi kepada 80 sen

 

Pesawah menaruh harapan kerajaan mengumumkan berita gembira pada Bajet 2023 untuk membantu meningkatkan pendapatan mereka dan pengeluaran padi negara. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan digesa menaikkan insentif harga padi kepada 80 sen per kilogram berbanding 65 sen, kadar ketika ini yang disifatkan tidak lagi sesuai susulan peningkatan kos penanaman makanan ruji utama rakyat Malaysia itu.

Ketua Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Malaysia, Nurfitri Amir Muhammad, yang mencadangkan perkara itu berkata pesawah berdepan masalah kenaikan kos menanam padi sejak Covid-19 melanda dan menaruh harapan ada berita gembira diumum pada Bajet 2023, 7 Okt ini.

Insentif harga padi adalah program bantuan subsidi bagi ‘output’ pertanian apabila pesawah menjual hasil tanaman bagi mendapatkan insentif.

Menurut Nurfitri, komuniti pesawah juga berharap kerajaan menyemak kadar semasa harga kawalan beras, RM2.60 per kilogram dan harga minimum terjamin (GMP) padi, RM1.20, yang turut dianggap tidak lagi relevan pada masa kini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Harga kawalan beras diperkenal tahun lepas sebagai inisiatif Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

“Subsidi input pertanian juga perlu diberi dalam bentuk kupon atau tunai terus kepada petani, hapuskan sistem vendor dan kuota diguna sekarang.

“Ini bermakna petani bebas memilih input pertanian yang sesuai bagi mereka,” kata Nurfitri kepada FMT.

Nurfitri turut mencadangkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa pemantauan tanah pertanian dan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menangani masalah kekurangan tapak penanaman serta perusahaan asas tani.

“Insentif perlu diberikan kepada kerajaan negeri yang mengekalkan tanah pertanian ini, hal sama juga untuk kawasan penternakan lembu dan kambing.

“Program kebun komuniti yang telah pun berjalan wajar diteruskan kerana ia membantu komuniti baik di bandar atau luar bandar berdikari dan mengurangkan kos belanja dapur,” tambahnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.