`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 9, 2022

Dera anjing: Aktivis fail saman terhadap 3 agensi

 

Peguam persatuan aktivis haiwan, Rajesh Nagarajan (dua dari kiri) berkata sebab utama saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya Klang kerana kejadian dilaporkan berlaku di daerah itu.

KUALA LUMPUR: Dua persatuan aktivis haiwan telah memfailkan saman terhadap tiga agensi yang didakwa terlibat dalam kes penderaan haiwan.

Peguam aktivis haiwan, Rajesh Nagarajan berkata saman tersebut telah difailkan semalam di Mahkamah Tinggi Malaya, Klang.

Beliau berkata sebab utama saman itu difailkan di mahkamah berkenaan kerana kejadian dilaporkan berlaku di Klang.

Tambahnya, sidang media dibuat hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menjelaskan fail saman yang dibuat semalam.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Menurut Rajesh, dua pihak yang memfailkan saman itu adalah Bendahari Persatuan Pencinta Hak Asasi Haiwan Ulu Langat, M Ravi Shankar dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia, S Mukunnan.

Tiga agensi yang disaman itu pula adalah Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor dan Lembaga Kebajikan Haiwan.

“Lepas ini kita akan dipanggil bagi sesi pengurusan kes. Sesi pengurusan kes minggu depan. Tarikh belum dapat lagi.

“Selepas dapat tarikh pengurusan, kita akan masukkan dokumen dan bicara akan diadakan, di mana kita harap tiga defendan disabit bersalah. Itu harapan kita,” katanya pada sidang media.

Rajesh juga berkata setakat ini status anjing tersebut masih belum diketahui dan nama pegawai yang mendera haiwan itu juga tidak mahu didedahkan lagi.

Pada 15 Ogos lalu, kumpulan hak asasi haiwan menyelar MPK kerana didakwa mencederakan seekor anjing semasa operasi penangkapan haiwan.

Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) berkata pihaknya menerima aduan berdasarkan video yang menunjukkan seekor anjing cedera selepas ditangkap oleh pegawai penguat kuasa MPK.

Video tular berdurasi 19 saat itu menunjukkan anjing tersebut berdarah di mulut.

Beberapa penduduk di kawasan terbabit didengar memarahi pegawai penguat kuasa kerana mencederakan anjing itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.