`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 4, 2022

Jangan boikot PAS, jika tak dicalonkan, kata Sanusi

 

Sanusi Md Nor meminta ahli dan pemimpin yang tidak dipilih sebagai calon supaya akur dengan keputusan parti.

ALOR SETAR: Ahli dan pemimpin PAS yang tidak dipilih sebagai calon, diminta akur dengan keputusan itu serta tidak memboikot parti dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Sanusi Md Nor berkata, PAS peringkat kawasan juga dilarang memboikot calon, jika kerusi itu diberi kepada parti rakan.

“Calon-calon pilihan raya, saya nak minta satu saja. Sekiranya orang atau rakan yang kita harapkan jadi calon tidak terpilih atas sebab tertentu, sama ada calon lebih baik atau kawasan kita cadang diberikan kepada rakan politik, dilarang memboikot parti semasa pilihan raya.

“Selepas keputusan dibuat PAS Pusat (berhubung calon), sebarang rombongan untuk mengubah keputusan, melobi, menukarnya diharamkan.

“Untuk maju ke depan sebagai model parti politik terbaik Malaysia, pemimpin dan ahli PAS tidak akan boikot parti, jika hasrat diri tidak tercapai, kita akan laksanakan apa saja keputusan pimpinan PAS,” katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-68.

Tanding 80 kerusi Parlimen

Sanusi berkata, PAS menyasarkan untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen dalam PRU15, separuh berbanding PRU14.

“Daripada 80 kawasan itu, Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat sedang menganalisa kawasan yang mencapai KPI untuk berada dalam senarai 80 kawasan PAS akan tanding.

“Mana-mana kawasan yang tidak capai KPI akan digugurkan, akan diganti kawasan lain yang didapati ada peningkatan prestasi baik dari segi persiapan jentera mahupun keperluan lain untuk hadapi pilihan raya, di mana sasaran PAS menang paling kurang minima 40 kerusi Parlimen.

“Jika ada 40 kerusi di Parlimen, tidak ada parti yang dapat menubuhkan kerajaan persekutuan tanpa PAS.”

Mengulas soal lambang “bulan” untuk kegunaan beberapa negeri, Sanusi berkata, perkara itu akan dibincangkan mesyuarat pimpinan Perikatan Nasional.

“Saya harap parti kita akan buat keputusan paling baik, paling untungkan PAS. Kita kena runding dengan rakan politik kita, kena setuju. Kalau kita gagal buat juga, rakan tak setuju, pecah tuan-tuan puan-puan, ia membawa kerugian lebih besar daripada kita tak guna logo bulan, jadi kita kena berlapang dada selepas keputusan dibuat.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.