`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, September 3, 2022

Kenyataan Zahid dakwa kerjasama MN dangkal tak wakili Umno, kata Hadi

 

Abdul Hadi Awang berkata, PAS masih berpegang kepada pendirian asal penubuhan Muafakat Nasional, iaitu menerima penyertaan mana-mana parti yang tidak ekstrem, termasuk Bersatu.

ALOR SETAR: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tampil membalas dakwaan Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti Islam itu hanya menawarkan kerjasama politik “dangkal” dalam Muafakat Nasional (MN), dengan berkata kenyataannya tidak mewakili Umno.

“Umno ini bukan (ada) presiden saja. Umno ini adalah sebuah parti yang ada Majlis Kerja Tertinggi, naib presiden, bahagian-bahagian,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar PAS ke-68.

Presiden PAS itu berkata, partinya masih berpegang kepada pendirian asal penubuhan MN, iaitu menerima penyertaan mana-mana parti yang tidak ekstrem, termasuk Bersatu.

“Kita masih berpegang kepada pendirian asal antara PAS dan Umno ketika tubuhkan MN, kita setuju bukan saja Umno dan PAS, termasuk juga Bersatu, termasuk jugalah mana-mana NGO.

“Kita masih lagi berpegang kepada perjanjian asal,” tegasnya.

Semalam, Zahid dilaporkan berkata, Umno perlu bergerak ke depan secara solo memandangkan PAS hanya menawarkan kerjasama politik “dangkal” dalam MN.

Katanya, kestabilan, keyakinan dan kerjasama kukuh dalam MN tidak dapat dijalin, lebih-lebih lagi PAS menjalinkan hubungan dengan parti yang secara jelas mahu menghancurkan Umno dari luar dan dalam.

Beliau merujuk kepada keputusan PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Bersatu, parti serpihan Umno.

Hadi kemudian tetap bertegas mahu mempertahankan hubungan bersama Umno atas agenda perpaduan ummah, dan meletakkan harapan kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob selaku naib presiden Umno untuk mendukung aspirasi itu.

“Kita cuba pertahankan agenda perpaduan ummah. Tetap pertahankan. Kita harap PM dapat mendukung sama agenda perpaduan ummah,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.