`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, September 5, 2022

PRU15: Soon Koh bertanding di Parlimen Sibu

 

Presiden PSB Wong Soon Koh mengumumkan bertanding di Parlimen Sibu berhadapan penyandang Oscar Ling dari DAP.

PETALING JAYA: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) merangkap ADUN Bawang Assan, Wong Soon Koh mengesahkan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU) akan datang.

Soon Koh berkata, keputusan itu bagi memenuhi hasrat parti yang mahukannya bertanding di kerusi disandang Oscar Ling daripada DAP.

“Mereka (ahli parti) mahu saya bertanding…mereka kata sebagai presiden, saya harus bertanding.

“Saya tiada pilihan selain mengetuai perjuangan PSB ke Parlimen walaupun saya sudah agak tua untuk itu,” katanya menurut Harian Metro.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata, PSB mungkin tidak bertanding di kerusi Parlimen Lanang bagi memberi peluang kepada calon daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) untuk bertanding yang disandang wakil DAP, Alice Lau.

Sementara itu, Timbalan Presiden PSB, Johnical Rayong Ngipa berkata, pencalonan Soon Koh mendapat sokongan sebulat suara ahli majlis tertinggi parti.

“Datuk Seri (Soon Koh) adalah calon parti kami yang sudah disahkan untuk Parlimen Sibu pada PRU15 akan datang,” katanya yang juga Adun Engkilili.

Pada PRU14, Ling mempertahankan Parlimen Sibu apabila menang dengan majoriti 11,422 undi dalam pertembungan empat penjuru.

PSB pula ada parti baharu ditubuhkan dan buat pertama kali menyertai pilihan raya negeri (PRN) Sarawak lalu dan memenangi 4 kerusi.

Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka iaitu ADUN Batu Lintang, See Chee How mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.