`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 6, 2022

Terciptanya Sejarah : RM4.50 Bagi Setiap US$1.00

 Hari ini 6hb September 2022 Ringgit Malaysia jatuh lagi nilainya menjadi RM4.50 bagi setiap Dolar Amerika (US$). 




 

 

Walaupun harga minyak sawit (contohnya) agak tinggi juga (RM3800+ bagi setiap tan metrik) tetapi pengimpot di luar negara perlu bayar US$844.00 sahaja untuk membeli satu tan metrik minyak sawit. 

Mereka dapat lebih bagi duit yang kurang.

Kita pula dapat kurang bagi duit yang lebih (bila kita impot barang daripada luar negara).

Contohnya sekitar tahun 2011, waktu kita buat tempahan kapal jenis tak tenggelam tak timbul dengan harga RM9.0 Billion itu, kadar tukaran US$/RM kurang lebih RM3.00 sahaja. Maksudnya nilai kontrak kapal tak tenggelam tak timbul itu US$3.0 Billion. 

Kalau kita buat tempahan kapal yang sama pada hari ini pula kita perlu bayar US$3.0b x RM4.50 = RM13.5 Billion !! Tambah lagi RM4.5 Billion.

Kita perlu ekspot 1.2 JUTA tan metrik minyak sawit untuk membayar RM4.5 Billion duit extra itu.

Oleh sebab nilai Ringgit kita makin jatuh maka kita rakyat marhaen semua perlu bekerja lagi keras macam lembu untuk membiayai pembelian kapal jenis tak tenggelam tak timbul, untuk bayar  JoLo ber-parti dengan Paris Hilton, untuk beli kalong pink diamond bagi First Lady dan serupa itulah. 

Atau untuk membiayai kereta Porsche bernilai lebih RM1.7 JUTA kepunyaan ketua bahagian  entah mana yang remuk-redam sebab melanggar pokok.

Inflasi akan bertambah, maksudnya harga barang akan naik sebab nilai Ringgit kita makin menurun.

Tuan-Tuan di sini ada berita yang lagi buruk. Berita yang lagi buruk ialah tidak ada siapa pun di kalangan pemimpin politik (samada perdana menteri, ketua parti lebai, Tun Dr Mahathir, brader Anwar, parti bunga raya, parti alip min nun ha) yang faham bagaimana cara untuk mengukuhkan nilai matawang kita. They do not understand. 

Kalau kita explain kepada mereka pun samada mereka tidak faham, tidak tahu faham, tidak mahu faham  atau mereka faham tetapi buat tak tahu saja. 

Jadi kita tunggu sampai hancur saja lah. Apa nak buat? 

The views expressed are those of the writers and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.