`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 8, 2022

Umno patut kaji cadangan PAS runding 27 kerusi kritikal, kata Ismail

 

Ismail Sabri Yaakob berkata cadangan PAS yang mahu diadakan rundingan 27 kerusi kritikal dengan Barisan Nasional (BN) perlu diberikan perhatian dalam memastikan pembangkang tidak mendapat laluan mudah jika berlaku pertembungan.

KUALA LUMPUR: Umno patut mengkaji cadangan PAS untuk diadakan rundingan 27 kerusi kritikal dengan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Naib Presidennya, Ismail Sabri Yaakob berkata ia merupakan cadangan yang baik dan perlu diberikan perhatian dalam memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat laluan mudah sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru.

“Itu satu cadangan yang saya rasa perlu diberikan perhatian supaya tidak berlaku pertembungan yang mana kalau berlaku pertembungan mungkin boleh memenangkan parti pembangkang.

“Mungkin PH akan mendapat kelebihan apabila berlaku pertembungan antara BN dengan PAS. Walaupun ini satu cadangan dan boleh diberikan pertimbangan sebab kalau kita dapat tahu kalau berlaku pertembungan PH boleh memenangi kerusi itu, maka kita nak beri kemenangan percuma kepada mereka,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Malaysia Halal International Showcase di Mitec.

Bagaimanapun, Ismail berkata semua keputusan perlu dibawa ke meja rundingan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno untuk diputuskan.

“Boleh kita kaji dari segi cadangan tersebut, seperti yang saya kata apa juga keputusan parti mesti diputuskan dalam mesyuarat MKT Umno. Kalau ada cadangan seperti itu mungkin boleh dibawa ke MKT dan perlu dibincang dan kalau bersetuju boleh lantik wakil untuk mengadakan rundingan.

“Bagi saya setiap apa sahaja rundingan mesti dilakukan secara rasmi mewakili parti dan diputuskan oleh parti melalui MKT,” jelas Ismail lagi.

Ismail berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata pihaknya sedia berunding dengan BN membabitkan 27 kerusi kritikal di seluruh negara.

Menurut Tuan Ibrahim, semua 27 kerusi Parlimen itu adalah kerusi-kerusi bercampur yang pernah dimenangi oleh kedua-dua parti pada pilihan raya lepas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.