`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 8, 2023

Dinasti MADANI (MAma DAddy Nurul Izzah). Apakah Nurul Bakal Jadi PM Wanita Pertama?

 First of all, this means Rafizi Ramli has to sing the song at the bottom of this post. 

Here is a snippet of a discussion (I have edited) between some UMNO fellow and another person called Pak Din (a Tan Sri) that was posted on the Tan Sri's Facebook wall.

  • Mr Madani akan lama jadi PM, dua penggal, mungkin lebih dgn sokongan UMNO
  • UMNO sememang tidak lagi berminat mengetuai kerajaan
  • Tak lagi berminat mengenengahkan Presiden UMNO menjadi PM
  • Selagi Mr Madani jadi PM, UMNO tak payah lagi calonkan PM
  • UMNO akan hidup dengan fungsi lain, bukan  mengetuai Kerajaan 

OSTB : UMNO boleh jadi janitor. Cuci tandas, sapu lantai, tutup lampu.

Di dalaman UMNO sudah kembang idea jemput Mr Madani menerajui UMNO
Bagaimana dengan Mr Madani? Mahukah beliau menerima jemputan itu?
lepas 20 tahun, akhirnya bukan Amanah, DAP, PAS, Sabah, S'wak jadikan dia PM
tapi  UMNO jadikan dia PM 
Di setiap kejayaan hidup beliau, di situ ada UMNO.  
UMNO juga sempurnakan hajatnya jadi PM
UMNO akan jemput beliau mengetuai UMNO 
UMNO akan kembali ke puncak kuasa negara 

OSTB : If this suggestion is true, maksudnya banyak 'kepala' akan dipancung dalam Umno. Starting from now. Mungkin itu pasal H2O sudah kena suspension ENAM tahun. Untuk memastikan 'the way is clear'. 
  • Untuk membalas jasa UMNO Mr Madani mesti sanggup mengetuai UMNO 
  • orang UMNO seperti yakin dengan idea itu
  • Aduhhhh. Otak Pak Din tak boleh berfungsi dengan idea ini.  Jam, jam.

OSTB :  

Teori lain yang lebih realistik mengatakan bahawa Nurul Izzah telah pun dipilih untuk menjadi PM wanita yang pertama. Step 1.

Yang lebih menarik adalah Mr Madani pula mahu kekal at least dua penggal atau 10 tahun lagi. Step 2. 

So Nurul akan get ready menjadi PM dalam tempoh  10 tahun lagi - Step 3.

(Rafizi pula kena nyanyi lagu di bawah sekali - Step 4).

Zahid mungkin akan makan, minum dan tidur semuanya free - di resort kerajaan di satu atau dua tempat di Selangor. Step 5.

Umno dan PKR akan bergabung atau jalin persepakatan yang lebih kukuh. Step 6. 

Dan mungkin ada Step yang lain lagi. 

Masa muda dulu, saya pernah main white water rafting dan white water kayaking. Ia itu menuruni jeram ke hilir sungai. Menuruni arus deras di kaki bukit Frasers Hill, di Sungkai, Perak dsbnya. Bermain white water kayaking ini ada risikonya sebab tiba-tiba kayak dan rubber raft itu boleh terbalik dan kita akan dihanyutkan oleh arus yang kuat.  At anytime kita tidak boleh sangka siapa yang akan 'kekal' dan siapa akan jatuh ke dalam arus. 

Tiba-tiba akan timbul batu dan air sungai akan lari ke sana dan sini. Kita pun terbawa-bawa. Perlu pandai mendayung untuk mengelak batu dan mengelak daripada kayak terbalik.  Kita cuma boleh focus antara batu dan arus di depan mata. Tidak perlu fikir strategi jangka panjang atau cuba meneka what is after the next rock. Survival itu bergantung kepada 'ada tak ada' batu dan air jeram di depan-depan mata. 

 

Gambar hiasan

 

Saya lihat mainan politik negara kita sejak 2018 lebih kurang macam duduk dalam kayak menuruni jeram yang deras. Sesudah hujan lebat di mana paras air sudah naik, sangat deras dan sekali sekala di iringi batang kayu yang hanyut. Boleh dangerous.

Siapa akan kekal, siapa akan dihanyutkan air, siapa tenggelam, siapa timbul semuanya belum tentu lagi.

Dalam keadaan demikian, tukang kayak (atau tukang karut) yang cuba susun strategi yang complete dari hulu ke hilir mungkin tidak ternampak swirl (air berpusing) di sebalik batu yang boleh 'suck in' kayak dan rubber raft kita. Dengan tiba-tiba you will be sucked under water.  Ataupun kayak boleh tersangkut pada batang kayu yang berjuntai dalam arus. Anything can go wrong.

Begitu juga keadaan politik yang serupa menuruni jeram deras, jika tukang karutnya mengatur Step 1, diikuti Step 2, Step 3, 4, 5, 6 dsbnya maka lebih banyaklah kemungkinan akan berlaku tersilap step atau mis-step.  Tukang karutnya boleh jatuh tergolek.

Akhir sekali inilah lagu untuk Rafizi:

 


 

Bye Bye Baby Bye Bye.
You are not in the picture. Thats why.
You never were and never will be.
Not only your gigi senget you dont have the DNA
Bye Bye Baby Bye Bye.

 The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.