`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, February 27, 2023

Ajaran sesat: JHEAINS tahan 18 wanita

 

Pengikut ajaran itu kebanyakannya suri rumah dan proses rekrut dipercayai melalui WhatsApp dan Telegram, kata Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah.

PETALING JAYA: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan 18 wanita kerana disyaki terlibat kegiatan ajaran sesat Kumpulan Zikir Asmaul Husna menerusi serbuan di sebuah rumah di Johol, Kuala Pilah.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah berkata, kesemuanya yang berumur antara 20 hingga 60 itu tahun ditahan ketika mendengar kuliah disampaikan pengasasnya dalam serbuan jam 9.30 pagi itu.

Menurutnya, beberapa dokumen dan peralatan dipercayai digunakan kumpulan berkenaan turut dirampas dalam serbuan itu, termasuk buku digunakan untuk ajaran berkenaan.

Ads by Kiosked

“Pengikut ajaran ini kebanyakan terdiri daripada suri rumah dan ada yang tinggal di negeri ini dan luar negeri selain dipercayai direkrut melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram. Kita percaya masih ramai lagi pengikut kumpulan ini dan ia masih disiasat.

“Ajaran itu pernah difatwakan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan pengasasnya telah dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta membuat perisytiharan taubat pada Feb 2021,” katanya menurut laporan Bernama.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan pemantauan, JHEAINS mendapati ajaran itu masih diteruskan pengikutnya di rumah pengasasnya di Johol selain bergerak dalam kumpulan kecil.

“Kita percaya ajaran ini mempunyai banyak pengikut di seluruh negara, dan didapati mereka juga cuba mengembangkan ajaran ini ke Indonesia berdasarkan penemuan dokumen memorandum persefahaman dengan institusi pendidikan atau pesantren (sekolah pondok) di sana,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan Seksyen 53 Enakmen yang sama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.