`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 21, 2023

Kaji semula pengurangan cabutan judi, hasil boleh bantu bukan Islam, kata Willie

 

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin berkata keputusan mengurangkan cabutan khas perjudian dari 22 kali kepada lapan kali setahun wajar dikaji semula.

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen kerajaan mencadangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengkaji semula keputusan mengurangkan cabutan khas perjudian dari 22 kali kepada lapan kali setahun.

Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) berkata hasil cabutan itu, kerajaan mungkin boleh memberi fokus kepada membantu golongan bukan Islam.

Beliau juga bimbang jika jumlah cabutan itu dikurangkan akan membawa kepada peningkatan judi dalam talian yang akhirnya merugikan negara dalam meningkatkan hasil.

“…usaha ini amat baik tetapi saya khuatir perkara ini akan membuka ruang kepada pertumbuhan berleluasa cabutan tiket loteri haram secara ‘online’ atau secara ‘offline’.

“Implikasinya kerajaan akan kehilangan pendapatan kerana perkara ini tidak diperhalusi, dan ‘sin tax’ ini boleh digunakan untuk membantu golongan bukan Islam,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong.

Anwar yang juga menteri kewangan membatalkan keputusan kerajaan sebelum ini yang meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan daripada lapan kepada 22 kali setahun mulai 1 Jan lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.