`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 3, 2023

Ketua Pejuang Terengganu letak jawatan

 

Wan Nazari Wan Jusoh adalah bekas calon Pejuang Parlimen Besut pada PRU14. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Pejuang Terengganu Wan Nazari Wan Jusoh mengumumkan peletakan jawatan itu berkuat kuasa hari ini.

Selain Wan Nazari, bekas calon Pejuang Parlimen Setiu, Wan Adnan Wan Ali turut mengesahkan melepaskan jawatan ketua parti di bahagian itu.

Wan Nazari yang juga bekas calon Pejuang Parlimen Besut memberitahu, beliau menghantar surat peletakan jawatan itu kepada Presiden Mukhriz Mahathir pertengahan bulan lalu.

Bagaimanapun, beliau menafikan peletakan jawatan sebagai ketua negeri ada kaitan dengan kegagalan parti pada PRU15.

“Saya meletakkan jawatan disebabkan menghadapi masalah kesihatan selain memberi peluang kepada pemimpin lain menerajui parti di peringkat negeri,” katanya menurut Berita Harian.

Wan Nazari yang bertanding di Parlimen Besut hanya meraih 553 undi dalam saingan empat penjuru sekali gus hilang deposit.

Kerusi itu dimenangi calon PAS, Che Mohamad Zulkifly Jusoh dengan majoriti 18,666 undi, menewaskan calon lain iaitu Nawi Mohamad daripada BN dan Abd Rahman Aziz Abas (PH).

Sementara itu, Setiausaha Pejuang Terengganu, Sahabudin Yusuf mengesahkan peletakan jawatan Wan Nazari dan Wan Adnan.

Bagaimanapun, katanya, pimpinan tertinggi Pejuang belum memutuskan sama ada menerima atau sebaliknya peletakan jawatan Wan Nazari.

“Kita dimaklumkan ibu pejabat parti peletakan jawatan Wan Nazari sebagai ketua Pejuang negeri ditangguhkan sementara,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.