`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 3, 2023

PRN: PN muktamad agihan kerusi DUN Selasa ini

 

Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PN menyasarkan untuk memenangi semua 32 kerusi DUN sekali gus kekal membentuk kerajaan negeri Terengganu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Agihan kerusi bagi PRN di enam negeri antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) akan dimuktamadkan pada mesyuarat peringkat pusat di ibu negara Selasa ini, kata Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Insya Allah, dalam minggu depan kita akan bincang. Perbincangan kerusi dilakukan di peringkat pusat.

“Ada pun di negeri-negeri mereka sebut nak itu nak ini. Itu adalah perkara biasa. Anak-anak (pemimpin negeri) akan minta macam-macam. Mak ayah (pemimpin pusat) akan bincang dan selesaikan,” katanya menurut Berita Harian.

Bagi Terengganu, Ahmad Samsuri berkata, PN menyasarkan untuk memenangi semua 32 kerusi DUN sekali gus kekal membentuk kerajaan negeri.

Pada masa sama, beliau yakin dapat mempertahan 22 kerusi PAS dan merampas 10 kerusi Umno berdasarkan reaksi positif rakyat serta keputusan PRU15 lalu.

“Kita masuk pilihan raya untuk menang semua 32 kerusi DUN. Kita ingin mencapai 32 (kerusi menang). Mana ada orang masuk perlawanan nak kalah.

“Reaksi rakyat yang kita dapat sangat positif dengan keputusan PRU baru-baru ini. Jadi, kita percaya dengan apa berlaku sekarang ini di peringkat pusat, Insya Allah memberi kelebihan kepada kita di Terengganu ini,” katanya.

Pada PRU14, PAS memenangi 22 kerusi DUN sekali gus mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN).

Pada PRU15 yang lalu, PN Terengganu berjaya menyapu bersih semua lapan kerusi Parlimen di negeri itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.