`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 22, 2023

Warisan lapor SPRM dakwaan 3 Adun “dibeli”, kata Azis

 

Ketua Penerangan Warisan Azis Jamman berkata, budaya membeli wakil rakyat dan lompat parti di Sabah bukan lagi satu rahsia. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Warisan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tiga Adun yang didakwa “dibeli”, kata ketua penerangannya, Azis Jamman.

Beliau berkata, justeru tiada keperluan bagi Presiden Warisan Shapie Apdal mengemukakan bukti, sebaliknya perkara itu diserahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut.

“Benar, tiada bukti rakaman video dia (Adun Kunak Norazlinah Arif) terima wang sebab tiada ejen yang mahu video mereka dirakam semasa memberi wang. Tapi, seperti saya katakan sebelum ini, budaya membeli wakil rakyat dan lompat parti di Sabah bukan lagi satu rahsia.

“Norazlinah boleh menafikan sepuas-puasnya, namun video yang dia buat sendiri beberapa bulan sebelum dia melompat cukup untuk membuktikan wujud cubaan membeli Adun Warisan.

“Jadi, biarlah SPRM jalankan siasatan, jika benar mereka dibebani hutang sebelum melompat parti, bagaimana keadaan kewangan mereka selepas keluar Warisan.

“Mereka boleh membohongi rakyat dengan menafikan sebab mereka melompat namun, Allah SWT Maha mengetahui,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Pada 16 Feb, Norazlinah mencabar Shafie melaporkan kepada SPRM susulan dakwaan bahawa beliau dan dua lagi Adun, Mohammad Mohamarin (Banggi) dan Ben Chong Chen Bin (Tanjong Kapor), telah “dibeli”.

Dalam pada itu, Azis mendakwa, sebelum tiga Adun terbabit keluar Warisan, beberapa siri perjumpaan dengan presiden Warisan telah diadakan.

Dalam pertemuan itu, katanya, mereka mengakui dihubungi serta ditawarkan jawatan dan wang ringgit untuk keluar parti berkenaan.

Ads by Kiosked

Azis juga mendakwa, wujud “ejen-ejen membeli” wakil rakyat di Sabah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.