`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 22, 2023

YB Hassan Abdul Karim Ahli Parlimen PKR (Pasir Gudang) Merayu : "Selamatkanlah Malaysia"

 

YB Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen PKR (Pasir Gudang).


Di petik dari Permadu Malaysia. Sila klik sini untuk tulisan sepenuhnya.

 

YB Hassan Abdul Karim:

Keghairahan mendakwa seteru politik boleh membawa padah

"Saya di blok backbencher menyedari, kita boleh panggil semua tokoh besar ini, menteri, mantan-mantan perdana menteri, sebab kita ada kuasa, kita eksekutif, ada kuasa. SPRM di bawah kita, PDRM di bawah kerajaan.

"Jadi saya bimbang sekiranya kalau tak diberi peringatan boleh berlaku pendakwaan yang terpilih, parti lawan kita jadi mangsa.

"Kalau ada asasnya tidak mengapa, tapi saya takut, bijak pandai dalam tradisi demokrasi menyebut, 'Kuasa itu boleh membawa kepada korupsi. Sekiranya kuasa itu mutlak, korupsi juga akan menjadi mutlak',” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Hassan yang sebelum ini menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan ahli PKR berikutan kritikannya terhadap Mr Madani, berkata perdana menteri mempunyai kuasa yang luas, sehingga nasihatnya juga harus didengari oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kuasa itu boleh membawa kepada korupsi. Sekiranya kuasa itu mutlak, korupsi juga akan menjadi mutlak,” katanya disambut tepukan daripada ahli Parlimen pembangkang.

“Jadi kuasa itu harus digunakan dengan cermat, jangan terburu-buru. Saya percaya tidak sia-sia Yang di-Pertuan Agong menyebut tentang perlunya integriti,” tambahnya, merujuk titah Agong di Dewan Rakyat minggu lalu.

Hassan turut mengkritik tindakan Mr Madani melantik dirinya sebagai menteri kewangan, dan memberi amaran tentang berulangnya skandal 1MDB kerana perdana menteri mengambil alih portfolio itu.

Eloklah kita elak daripada pengalaman negara gagal Sri Lanka.

Selamatkanlah Malaysia,” katanya.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.