`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 5, 2023

Cabul remaja lelaki, warga asing direman

 

Suspek direman lima hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta 792, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga asing direman lima hari selepas disyaki mencabul remaja lelaki berusia 15 tahun di tandas sebuah pusat membeli-belah di Cheras.

Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada 2 petang semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati pengadu ketika itu sedang mengikat kasut, secara tiba-tiba didatangi suspek dari belakang lalu mencabulnya.

Ads by Kiosked

“Pengadu bertindak keluar dari tandas namun suspek mengikut dan sekali lagi mencabulnya. Pengadu kemudian berlari ke arah ibunya dan suspek melarikan diri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis berjaya menangkap suspek dan direman lima hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta 792, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.