`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 28, 2023

Umno Terengganu akan rayu keputusan tolak petisyen Parlimen Marang

 

Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said mengarahkan rayuan segera difailkan ke Mahkamah Persekutuan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Umno Terengganu akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen Barisan Nasional (BN) negeri itu mencabar keputusan PRU15 Parlimen Marang.

BN Terengganu sebelum ini mengemukakan petisyen bagi membatalkan kemenangan Presiden PAS Hadi Awang bagi kerusi Parlimen itu.

Bagaimanapun, Hakim Hassan Abdul Ghani mendapati pempestiyen yang juga calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

Pengerusi Umno negeri Ahmad Said mengarahkan rayuan itu segera difailkan ke Mahkamah Persekutuan, lapor Berita Harian.

Katanya, walaupun puas hati dengan keputusan penolakan petisyen itu, terdapat beberapa hujah dikemukakan peguam BN, Mohd Hafarizam Harun, yang ditolak.

“Semua hujah pasukan peguam kami bagi kes Parlimen Marang ditolak, sedangkan kita berpendapat kes atau bukti bagi kerusi itu lebih kukuh berbanding Parlimen Kuala Terengganu,” katanya.

Pada PRU15, Hadi menang di Parlimen Marang dengan majoriti 41,279 undi, menewaskan Jasmira dan dua calon lain.

Pada 3 Jan, Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Semalam, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan calon PAS di Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, pada PRU15 selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.