`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 28, 2023

Harga Beras Impot Naik, Taukeh Monopoli Impot Beras Lagi Kaya. Tuan-Tuan Bayar Saja. Inilah Nasib Tuan-Tuan.

 Komen saya di bawah sekali.

 

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/06/23/harga-beras-naik-bulan-depan-kata-bos-mydin


 

 

  • harga runcit beras import 10kg naik RM1 bulan depan
  • menyusuli kenaikan harga RM1 - RM2 sekampit bulan lepas
  • pembekal akan tingkatkan lagi RM1 - RM2 untuk beras 10kg
  • akan meningkatkan harga runcit RM1-RM2 untuk beras 10kg
  • kenaikan harga berpunca daripada kelemahan ringgit, kos elektrik, buruh
  • beras putih tempatan RM12.80, meningkat daripada RM12.50 untuk 5kg
  • Persatuan Restoran beri amaran kenaikkan harga mereka
  • Menu Rahmah boleh terhenti




My Comments :

Taukeh monopoli impot beras akan lagi kaya gila. Ikut video YB Viral di atas negara kita impot RM2.3 billion beras pada tahun 2021. Ini 2023 - mesti ada peningkatan. 

Lets say impot beras tahun ini RM2.5 billion (sebab Ringgit pun sudah jatuh). Katakanlah taukeh super kaya yang pegang monopoli impot beras itu dapat untung 15%. Maksudnya dia boleh untung kurang lebih RM375 Juta daripada impot beras saja. 

Hari itu dia patut bayar 'sedekah bagi pesawah papa kedana' sebanyak RM10 Juta (upfront) dulu. Bulan Disember.  Saya tak tahu-lah dia sudah bayar atau belum. Lepas itu dia perlu bayar lagi RM50 Juta duit tambahan. Total RM60 Juta.

Tapi kalau dia boleh untung RM375 Juta, maksudnya dia masih pegang lagi RM375 juta - RM60 juta = RM315 Juta.  

Boleh tahan juga puak-puak elit telan duit monopoli.

Tuan-Tuan, saya mahu beri sedikit yakinan. Kalau-lah saya dapat lesen monopoli impot beras dan saya boleh dapat untung RM375 juta, saya ingin beri jaminan saya akan pulangkan RM370 juta kepada golongan B40, kaum pesawah dan kumpulan lain. 

Saya simpan RM5 juta cukup. Setiap tahun. 

Tuan-Tuan orang Melayu - apa  maksud whammy? Apa maksudnya double whammy atau triple whammy?

Whammy itu adalah bahasa kasar maksudnya perkara buruk yang menimpa kita. Musibah atau bad luck atau  sial. 

Jadi di sini saya melihat beberapa whammy atau kesialan yang menimpa kita.

Pertama sekali adalah sistem ekonomi monopoli kaum elit anugerah kerajaan yang memerintah. 

Sewaktu kerajaan BN/Umno dulu puak-puak reformasi (konon) menuduh mereka sebagai Mahazalim, Mahafiraun dsbnya. Mahazalim dengan pelbagai jenis kronisma mereka, mewujudkan kaum elit yang kaya raya yang sapu semua projek dan kontrak kerajaan yang besar, sapu lesen-lesen monopoli, oligopoli untuk kekalkan kaum elit ini dengan harta yang mereka kaut daripada duit rakyat marhaen (aka rakyat terbanyak). That means you and me lah.

Dan kaum elit diberi monopoli dan oligopoli untuk mencekik dan menghisap darah kita sebab sebahagian daripada keuntungan besar mereka itu disalurkan balik kepada ahli politik, pemimpin politik dan parti politik dalam bentuk dana  politik yang digunakan pula oleh puak-puak politik untuk dua tujuan utama:

No 1. tujuan utama yang pertama ialah untuk menggunakan duit itu sebagai dana politik untuk membeli sokongan ketua bahagian dalam parti, ketua perhubungan negeri, membeli sokongan sayap wanita, sayap pemuda, sayap tua, sayap ini dan sayap itu. Pendek kata untuk kekalkan kedudukan mereka dalam hierarchy party. Ini perlukan duit yang sangat besar.   Ketua bahagaian lazimnya jutawan kaya raya dan mempunyai rumah dan kereta mewah yang banyak. Mereka perlukan banyak duit.

No 2 pula jauh lebih murah. Ia itu untuk beli undi Tuan-Tuan bila tiba pilihanraya. Duit RM50 atau RM100 atau hadiah beras dan Milo bernilai RM50. Itu dianggap duit 'peanuts' - atau duit pecah (small change) untuk membeli undi Tuan-Tuan di kampong.  

Sejak berpuluh tahun pemerintahan zalim dan firaun UMNO-BN itu adalah satu whammy atau celaka sial yang sangat besar yang menimpa rakyat terbanyak.

Maka puak reformasi (konon) memekik-mekik dan melolong mahu hapuskan sistem mahazalim dan mahafiraun itu.  Tetapi bila puak reformasi pula sudah ambil alih kuasa mereka pun kekalkan segala dasar hisap darah peninggalan zaman Mahazalim dan Mahafiraun itu. Serupa saja. No change.

Itulah double whammy atau kesialan yang kedua yang menimpa Tuan-Tuan. Tidak ada perubahan dalam sistem zalim cekik darah rakyat terbanyak. Bayar saja.

Lepas itu kita kena lagi triple whammy. Ataupun kesialan round ketiga. Mereka tidak faham apa benda itu ekonomi, mereka tidak faham apa benda itu nilai matawang, mereka tidak faham apa kesannya interest rate atau OPR naik 0.25% pun. Mereka tidak faham apa kesannya terhadap ekonomi apabila surcaj letrik naik 20 sen setiap kw/hr.  

Mereka main hentam saja. Tanpa memahami apakah kesannya terhadap ekonomi negara, terhadap kos pembuatan dan kos penyelengaraan dsbnya. They just dont understand. Lepas itu bila jadi kecoh, mereka gostan pula atau flip-flop dasar yang mereka putuskan.

Sebab itulah Ringgit kita tidak menentu, Bursa Saham kita tidak ke mana, ekonomi negara hanyut ikut arus di kuala. Bila air pasang dihanyut ke hulu, bila air surut di hanyut ke hilir.  

Mereka tidak tahu apa nak buat dan mereka tidak mempunyai keberanian untuk membuat apa pun. 

Apa kah penyelesaian bagi kita? Sebab kita yang rugi besar. Bagaimana cara terbaik bagi kita menyelamatkan diri? Simple Tuan-Tuan. Jangan undi puak-puak ini lagi. Undi orang lain.

Undi lah parti yang lain yang boleh membawa perubahan yang sebenarnya dalam negara kita. Di mana semua jenis monopoli dan oligopoli yang di lesenkan oleh kerajaan akan terbatal dan terhapus. Selagi dan sehingga mereka belum hapuskan monopoli dan oligopoli kaum elit kita undi saja parti lain. Jangan undi parti yang sama lagi.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.