`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 4, 2023

Jurukamera Channel NewsAsia maut kemalangan

 

Jurukamera Channel NewsAsia meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dalam nahas di KM43 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Jurukamera Channel NewsAsia maut dalam nahas selepas tercampak lalu dilanggar motosikal lain, dalam kejadian di KM43 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, hari ini.

Mangsa, Khairul Azman Zainuddin, 45, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dalam kejadian pada 12 tengah hari.

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar, berkata seorang penunggang sebuah lagi motosikal berusia 46 tahun dan pemboncengnya hanya mengalami cedera ringan dan kini menerima rawatan di Hospital Bentong.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian motosikal mangsa telah hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan lalu tercampak ke seberang jalan.

“Keadaan itu menyebabkan sebuah lagi motosikal dari arah Kuala Lumpur menuju ke Bentong tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya menurut Sinar Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Sehubungan itu, Zaiham meminta kerjasama daripada mana-mana pihak yang melihat kejadian itu tampil membantu siasatan.

“Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pusat kawalan daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2222222,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.