`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, June 20, 2023

Wanita maut dihempap bumbung sekolah akibat ribut

 

Keadaan rumah mangsa yang dihempap bumbung sekolah berhampiran akibat kejadian ribut di Kampung Tahang Rimau, Segamat. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Seorang wanita maut selepas bumbung sekolah berhampiran diterbangkan angin kencang dan menghempap kediamannya dalam kejadian ribut di Kampung Tahang Rimau, Segamat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.40 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai V Mahadevi, 55.

Menurut Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Abd Rahim Rahmat, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung bumbung runtuh di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Seg Hwa, kira-kira 7.41 petang.

Katanya, runtuhan bumbung berkeluasan 5,400 kaki persegi itu diterbangkan angin kencang dan menghempap rumah mangsa yang terletak bersebelahan sekolah berkenaan.

“Mangsa kemudiannya berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang awam sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) Segamat,” katanya menurut Berita Harian.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Segamat ketika dihubungi berkata, kejadian ribut yang melanda daerah berkenaan petang semalam turut menjejaskan struktur bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat.

Katanya, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Mukim Sungai Segamat yang membabitkan 20 keluarga daripada Kampung Tahang Rimau, Kampung Jawa dan Kampung Tengah.

Kejadian itu dikatakan menjejaskan kira-kira 15 kediaman di Mukim Gemereh dan Mukim Pogoh selain beberapa gerai peniaga.

Sementara itu, Ketua Polis Segamat, Ahmad Zamry Marinsah yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.