`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Tuesday, July 7, 2026

Calon PRN Johor harap jumlah pengundi awal tinggi

 Calon dari parti bertanding berkata ia penting bagi menyuburkan demokrasi dan dapat bentuk kerajaan yang stabil.

Anggota polis pelbagai pangkat mengundi pada pengundian awal PRN Johor di IPK Johor di Johor Bharu.
BAKRI:
Seramai 927 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) hadir seawal pagi hari ini bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena PRN Johor.

Mereka mula berbaris di pusat pengundian di Tabika Kemas Batalion 6 PGA Bakri seawal 7.30 pagi, meskipun pusat mengundi hanya dibuka pada 8 pagi.

Calon Barisan Nasional (BN) DUN Bukit Naning, Ghazali Sabari yang memantau proses pengundian itu berharap peratusan keluar mengundi awal di Bukit Naning adalah tinggi.

“Kepada pengundi awal, keluarlah beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Ini penting dalam membina kerajaan yang baik dan semoga menjadi pemangkin semangat golongan muda untuk membina kerajaan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui FMT.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni, turut menyeru supaya pengundi menunaikan tanggungjawab dalam menyuburkan demokrasi negara.

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN itu, Radzi Amin turut dilihat hadir memantau proses pengundian awal berkenaan.

DUN Bukit Naning menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan Ghazali Sabari (BN), Md Ysahrudin Kusni (PH), Radzi Amin (PN), Iskandar Alias (Bersama) dan S Jeganathan (Bebas).

Sebanyak 24,751 pengundi awal yang layak mengundi pada PRN Johor ke-16 dijangka menunaikan amanah mereka di 64 pusat mengundi yang diwartakan di seluruh negeri, hari ini.

Mereka terdiri daripada 12,041 anggota tentera bersama pasangan serta 12,710 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama pasangan.

Daripada keseluruhan pengundi awal polis, sebanyak 12,067 individu dijadualkan mengundi secara fizikal hari ini, manakala 643 menunaikan tanggungjawab menerusi undi pos.

Sebanyak 53 pusat mengundi awal bagi polis, manakala 11 lagi untuk tentera yang akan dibuka serentak 8 pagi ini, dengan waktu penutupan dilakukan secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang, bergantung kepada lokasi dan jumlah pemilih berdaftar. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.