`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 22, 2012

ZAHIDA TO TAKE LEGAL ACTION - in Malay



PELAKON wanita terkenal, Zahida Rafik mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menerima wang RM1.5 juta daripada Menteri Umno yang didakwa mempunyai 'hubungan intim' dengannya.
Menjawab soalan peminat di Twitter, Zahida menafikan dakwaan itu dan berkata peguamnya sedang meneliti kes itu.
"Saya tidak lakukan apa-apa berkenaan perkaran itu. Peguam saya sedang menyelesaikan perkara itu sekarang! Jadi biarkan mereka (lakukannya), OK!
"Tunggu saja berita baik,OK!" katanya dalam laman blog mikro itu.
PKR kelmarin mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang Zahida dalam tempoh empat bulan 'hubungan intim' mereka.
Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di Balai Polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwanya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.
Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.
Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini. - Sabahkini

6 comments:

  1. Biarlah peguam Zahida mengurus perkara ini terlebih dahulu, kita tunggulah dan lihat.

    ReplyDelete
  2. Kita belum tahu lagi sejauh mana kesahihan dakwaan ini, jika perkara ini betul pasti ada maklumat lanjut yang akan didedahkan nanti.

    ReplyDelete
  3. If there is no firm prove to the allegation that zahida received a large amount of money from Shafie, then Noor could be in deep shit for making such accusation.

    ReplyDelete
  4. For now, lets just wait and see how it goes.

    ReplyDelete
  5. hal ini belum ada bukti kebenarannya, ia hnya kabar angin.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.