`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 26, 2013

Apahal pulak TV3 memalukan Najib nie?.. (Video Inside)



RTM dilabelkan sebagai sebuah medium untuk "Rais Tayang Maznah" oleh beberapa orang blogger Pro UMNO yang jelas tidak berpuas hati dengan Media milik Kerajaan itu yang jelas cuba menggelapkan perhimpunan PERKASA baru-baru ini..

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Persidangan Agong Tahunan Perkasa kali ke Tiga dan ulangtahun ke Empat pertubuhan tersebut yang berlangsung baru-baru ini langsung tidak mendapat tempat dalam RTM.

Ulasan Blogger Pro UMNO mengenai perkara ini sila baca di ( SINI ) 

Dan ini pula mengenai TV3.. siapa atau kumpulan mana pula yang menguasai stesen TV ini agaknya?

Persoalan timbul apabila ketika Najib riuh rendah mencanangkan di Kelantan kononnya isu air di negeri tersebut akan selesai jika UMNO/BN diberikan mandat untuk berkuasa di Kelantan pada PRU13 nanti.

Media yang jelas ditunggang oleh UMNO/BN tersebut telah menyiarkan satu laporan yang panjang lebar mengenai masaalah air yang berlaku di Pahang..



Adakah kumpulan yang dikuasai oleh Najib dalam TV3 ini juga sudah beralih arah meletakkan diri mereka selari dengan kumpulan yang mahu Najib disingkir dari jawatan Presiden UMNO??? - ASD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.