`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 6, 2013

BAYI PEREMPUAN DI PERKARANGAN RUMAH




LOKASI.... Pengadu menunjukkan lokasi bayi berkenaan ditemui.

Oleh : RUZAINI ZULKIFLI

TUARAN: Seorang penduduk di penempatan Desa Sri Tamu, Kampung Laya-Laya di sini terkejut dengan penemuan seorang bayi perempuan cukup sifat yang diletakkan di perkarangan rumahnya dalam satu kejadian kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, pengadu yang merupakan lelaki tempatan dan berusia 32 tahun itu telah dimaklumkan oleh bapanya bahawa dia terdengar tangisan bayi di perkarangan rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superitendan Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian terbabit serta menjelaskan bahawa pengadu kemudiannya telah pergi memeriksa keadaan sekeliling dan berjaya menemui sebungkus karung di berhampiran halaman rumah.

“Ketika didekati, pengadu mendapati terdapat bayi perempuan cukup sifat yang urinya belum dipotong lengkap berbalut dengan tuala di dalam karung terbabit.

“Atas dasar kemanusiaan, pengadu kemudiannya pergi menyusukan bayi itu terlebih dahulu sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis,” katanya.

Menurut beliau, bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk menerima rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil.

“Kita difahamkan bayi perempuan yang seberat 2.6 kilogram itu telah menerima rawatan lanjut di hospital,” katanya.

Sementara itu, Zaharudin meminta kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu agar tampil membantu siasatan kes.

“Masyarakat yang mengetahui mengenai kejadian ini bolehlah berhubung dengan Inspektor Zahiruddin Zakaria di talian 088-794313 untuk menghulurkan maklumat,” katanya sambil menambah, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. (UB)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.