Oleh : RUZAINI ZULKIFLI
KOTA KINABALU: Polis menahan dua wanita warganegara Ukraine setelah didapati menjalankan kegiatan pelacuran di kawasan ibu negeri dalam satu serbuan di Lintas, Luyang kelmarin.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata berdasarkan maklumat orang awam yang mendakwa terdapat kegiatan tidak bermoral di kawasan berkenaan, sekumpulan anggota dari bahagian D7 telah digegaskan dan menyerbu ke sebuah premis tidak bernombor di Lintas.
Menurutnya, kedua-dua suspek yang berusia 24 dan 27 tahun itu telah tiba ke negeri ini sejak 18 Januari lalu sebelum mereka ditahan di dalam serbuan sekitar jam 4.25 petang itu.
Jauteh berkata, polis telah menemui beberapa paket plastik berisi kondom serta wang tunai RM1,000 dipercayai hasil daripada kegiatan pelacuran yang dilakukan.
Hasil siasatan awal juga mendapati suspek telah mengenakan caj sebanyak RM500 sebelum khidmat seks diberikan kepada pelanggan mereka.
“Kedua-dua suspek berasal dari negara Ukraine dan didapati menjalankan aktiviti pelacuran sejak tiba ke negeri ini pada 18 Januari lepas.
“Bagaimanapun, polis menyangkal dakwaan sama ada kedua-dua suspek ini terbabit dengan mana-mana sindiket pelacuran dan siasatan kes masih dijalankan sehingga kini,” katanya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan aktiviti melacur,” katanya.
Jauteh berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini kelmarin. (UB)
SGP sabtu/18/01/2014
ReplyDeleteai:4359
ck:245
cb:52
utk bcrn togel klik di bawah ini
http://mastertogel788.webs.com